Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ozlynn Jadikan Haji Sebagai Titik Permulaan Memakai Hijab – ‘Allah Dengar...

    [VIDEO] Ozlynn Jadikan Haji Sebagai Titik Permulaan Memakai Hijab – ‘Allah Dengar Ke Apa Yang Saya Cakap?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ozlynn tudungozlynn tudung

    Penampilan terbaharu pelakon Ozlynn yang kini berhijab semenjak pulang daripada menunaikan ibadah haji telah menyorot perhatian ramai.

    Haji titik permulaan hijrah

    @sinarplus

    PELAKON Ozlynn Wati yang tampil dengan imej berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji menerima reaksi positif daripada warga maya. Pemilik nama sebenar Ozlynn Waty Ismail itu mengakui niat untuk memakai hijab sepenuhnya sudah dipendam sekian lama, bagaimanapun ia menjadi kenyataan usai pulang daripada menunaikan haji baru-baru ini. #sinarplus #lifestylesinarharian #ozylynn #johan #hijab #tudung

    ? original sound – SinarPlus – SinarPlus

    Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 43, mendedahkan bahawa dia pernah berniat untuk memakai hijab namun risau dengan pandangan orang lain terhadapnya.

    Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’.

    Suami selalu kata, boleh tak jangan fikir pasal orang dan fikir diri sendiri. Tak apalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai.

    Menurut Ozlynn, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah adalah titik permulaan kepadanya untuk menutup aurat.

    Bila dah pergi haji itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ daripada Allah.

    Kalau boleh memang dah tak nak (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya.

    Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio, Johan tersebut mendedahkan dia sudah mula memakai hijab seminggu sebelum mendapat tawaran menunaikan haji.

    Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya dah bersedia.

    Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji.

    Pelakon filem Abang Long Fadhil 3 ini juga tidak menyangka Allah SWT akan membuka hatinya untuk menukar imej kepada seorang muslimah yang lebih baik.

    Saya cakap dengan Johan, Allah dengar ke apa yang saya cakap?

    Saya terfikir, apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berdoa agar Ozlynn terus istiqamah dalam menutup aurat.

    ALSO READ:  Iqram Dinzly Nasihat Fara Salleh Solat Taubat & Istikarah, Minta Petunjuk Allah SWT

    Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts