Debaran kian terasa dengan berbaki lima hari, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menduduki peperiksaan bertulis.
Berhenti buat perkara tidak faedah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil menitipkan pesanan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar, SPM.
Ujarnya, dia berharap agar calon SPM dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan penting ini.
Berhenti main telefon, tengok media sosial, main game. Tolong berhenti.
Kalau awak tak boleh berhenti, itu maksudnya awak sudah kemaruk. Sama seperti kemaruk dadah, judi, pornografi.
Perkara itu tidak membawa apa-apa faedah.
Tolong tinggalkan dan fokus pada SPM. Masih belum terlambat.
Dalam pada itu, pengacara hebat negara itu turut mengingatkan kepentingan berilmu sebagai persediaan menempuhi dunia luar.
Peranan ibu bapa
@datukaznilnawawi11 tahun berjuang di alam persekolahan, inilah satunya2 masa untuk anak beri tumpuan menyawab peperiksaan SPM. Tolonglah fokus sbb ia melibatkan masa depan anak2.? original sound – Datuk Aznil Nawawi
Berkongsi lebih lanjut, Pak Nil mempersoalkan bekalan ibu bapa dalam menyediakan persiapan buat anak-anak.
Apa yang ibu bapa bekal pada anak-anak? Cukup ke sekadar hantar mereka ke kelas tambahan?
Awak ada periksa pelajaran dia? Awak bagi dia makan apa untuk otak yang sihat buat anak?
Dalam pada itu, Pak Nil mohon agar semua calon SPM membuat persediaan yang lengkap agar dipermudahkan urusan menjawab soalan-soalan pada hari peperiksaan.