Di TikTok, model dan pelakon terkenal iaitu Alicia Amin dilihat sudah menemui pengganti selepas setahun bercerai dengan bekas suami, Dr Farzan Iqbal.
‘Pizza date‘
Menerusi laporan Harian Metro, Alicia mengakui mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Minta doakan agar hubungan kami berjalan dengan baik.
Alicia turut meletakkan kapsyen ‘Pizza Date’ yang memaparkan dia sedang bermesra dengan lelaki tersebut di sebuah restoran. Lebih mencuri tumpuan, Alicia turut mencium pipi lelaki itu sekali gus menguatkan lagi dakwaan mengenai hubungan mereka.
Dalam video itu, mereka juga berpakaian sedondon berwarna putih sambil menikmati hidangan pizza. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan buat Alicia dan pasangannya itu.
Namun, ada juga komen yang kurang senang melihat kemesraan Alicia dan teman lelakinya itu kerana belum ada ikatan yang sah.
Sekadar info, Alicia berkahwin dengan Farzan pada 14 Februari 2021. Mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik pada Mac tahun lalu.