Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Sebab Dia Che Ta, Kalau Aku Yang Macamni Terkejut Jiran Nanti”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 623 ribu, tanda suka sebanyak 26 ribu dan sebanyak 355 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memakai pakaian serba biru dan berseluar putih seakan pakaian untuk pergi keluar berjalan, namun ianya adalah pakaian untuk menyiram pokok sahaja.
@rozitachewan1 Tk p mana pun… nk siqam pokok ja … janji lefupppppppp walau apa pun kita nk buat… tk gituewwwwe🤣🤣🤣🤣🤣 . SATIN SCARVES paling mantap abad ini 🤪 . #cheta #rcw #byrcw #rozitachewan #fyp #cekangjelita #fyp
Rata-rata ramai yang terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan, apa nak hairan jika Che Ta berpakaian sebegitu untuk menyiram pokok kerana kita sedia maklum Che Ta memang gayanya begitu.
“Bawa beg sebab kot2 ada orang jual roti lalu depan rumah”
“Siram pokok jiran sekali, letoppp loveee”
“Ok anak dara hampa photostat hampa, hahahah”-kata mereka
Apa-apa pun, itu hanyalah konten semata-mata. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?