Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pakar Motivasi Selar Tindakan Promosi Produk ‘Double Meaning’ – ‘Sengaja Buat...

    [VIDEO] Pakar Motivasi Selar Tindakan Promosi Produk ‘Double Meaning’ – ‘Sengaja Buat Untuk Viral, Lepas Itu Padam & Minta Maaf?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    akhi fairuzakhi fairuz

    Pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyelar tindakan sebuah jenama produk yang menggunakan imej lucah dan bersifat ‘double meaning’ bagi tujuan promosi.

    Jangan guna marketing ‘double meaning’

    @akhifairuz

    Nak jual tu juallah. Tapi jangan guna marketing double meaning macam ni. Aduii

    ? sonido original – ?????Y

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Abu berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan cara promosi yang menggunakan ‘double meaning’ untuk menarik perhatian pembeli.

    Saya sebenarnya tak faham berkaitan dengan artis dan selebriti atau founder yang jual produk wanita yang mana produk itu kononnya nak bantu perempuan dari segi keputihan dan masalah seksual dengan suami dengan menggunakan marketing yang bersifat ‘double meaning’.

    Cerita tentang kemaluan perempuan, tapi gunakan objek-objek untuk menggambarkan bentuk kemaluan.

    Tapi benda ini dah dinormalisasi dan jadi kebiasaan atau adakah memang sengaja buat marketing macam ini untuk pastikan benda itu viral lepas itu delete dan minta maaf?

    Kalau kita ini orang yang dikenali, kita nak orang dapat kebaikan daripada produk itu sebab nak bantu perempuan untuk sihat dan boleh berseronok dengan suami. Tapi kenapa perlu guna kaedah marketing seperti itu?

    Dalam pada itu, Fairuz berpendapat kaedah promosi yang menakut-nakutkan wanita juga tidak wajar digunakan untuk melariskan produk.

    Guna kaedah yang menakutkan perempuan, nanti suami cari lain dan kata suami dah tak selera dengan kita.

    Kenapa takutkan perempuan dengan benda macam ini?

    Isteri kau tak dapat berhias bukan sebab produk tapi dia tanggung banyak benda, anak-anak..duit tak cukup untuk beli produk kecantikkan dan tak ada masa nak siapkan diri.

    Menurut Fairuz, masalah perhubungan antara pasangan suami dan isteri seharusnya diselesaikan dengan cara berkomunikasi dan bukannya hanya sekadar bergantung kepada produk tertentu.

    Hubungan suami dan isteri perlu banyak komunikasi sebab itu adalah antara kunci untuk menyelesaikan banyak masalah.

    Bukan beli produk terus selesai masalah, bukan macam tu.

    Justeru itu, pakar motivasi tersebut berharap agar usahawan di luar sana tidak lagi menggunakan promosi berunsur lucah.

    Saya harap selepas ini founder kalau nak jual produk jual lah tapi jangan guna marketing lucah macam ni.

    Jangan takutkan, letak sahaja fakta-fakta berkaitan dengan produk. Promosi sebab nak bantu wanita.

    Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group, memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

    ALSO READ:  Sanggup Tolak Lamaran Putera Qatar, Bella Hadid Kata Ini Syaratnya Kalau Nak Berkahwin

    Namun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warga maya malah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.

    Bukan itu sahaja, tindakan tersebut dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

    Tidak lama selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai, pihak Nilofa tampil membuat permohonan maaf.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts