Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Paksa Diri Tidur Awal, Neelofa Kongsi Persediaan Sebelum Sambut Bulan Ramadan...

    [VIDEO] Paksa Diri Tidur Awal, Neelofa Kongsi Persediaan Sebelum Sambut Bulan Ramadan – ‘Kena Mula Dari Sekarang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa berkongsi tiga cara yang diamalkannya untuk persiapan memasuki bulan Ramadan.

    Paksa diri tidur awal

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Neelofa atau nama lengkap Noor Neelofa Mohd Nor, 35, berkata dia sudah mula merancang juadah yang bakal disediakan sepanjang bulan Ramadan.

    Menurutnya, dia juga akan memaksa diri untuk mengubah waktu tidur.

    Dari tahun-tahun sebelum ini, saya rasa Ramadan selalunya berubah-ubah daripada segi cara saya sediakan diri.

    Sekarang ini pun, saya dah mula rancang untuk persiapan juadah.

    Saya akan buat setiap juadah punya pes itu lebih awal.

    Kedua, saya akan tukar waktu tidur.

    Sebelum ini lepas terawih, saya akan terus tidur.

    Sebab saya akan bangun pukul 4:00 pagi. Memang paksa diri untuk tukar waktu tidur.

    Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, perkara ini perlu dilatih lebih awal agar badan mudah menerima gaya hidup yang baru.

    Pasangan Ramadan adalah Quran

    @naelofarofficial Ramadan is just a month away! ?? Now is the perfect time to start preparing yourself for this blessed month. Here are some key takeaways from Neelofa to help you get ready: 1. Easy meal prep & learn to prep some easy dishes. 2. Ubah cara tidur bermula dari sekarang. 3. Latih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan. 4. Tingkatkan bacaan Al-Quran. #Ramadan ? original sound – Naelofar

    Berkongsi lebih lanjut, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz itu menegaskan untuk tingkatkan bacaan Al-Quran dalam budak Ramadan.

    Kalau Ramadan anda tidak dihabiskan dengan membaca Quran, maksudnya anda tidak dapat yang terbaik daripada bulan itu.

    Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa baca Al-Quran, sangatlah rugi.

    Dalam pada itu, Neelofa menitip pesanan untuk meletakkan sasaran dalam usaha mendekatkan diri dekat dengan Al-Quran.

    ALSO READ:  Video Viral Aslam & Misya Makan Bersama, Netizen Puji Kemesraan Mereka - 'Ada Perlunya Campur Tangan?'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts