Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Panduan Memilih Jeans Berkualiti oleh Joey Daud yang Mendapat Perhatian Netizen...

    [VIDEO] Panduan Memilih Jeans Berkualiti oleh Joey Daud yang Mendapat Perhatian Netizen – ‘Pertama Kali Melihat Dia Serius’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siapa tak kenal dengan penyanyi, pelakon dan pelawak, Joey Daud yang begitu terkenal dengan lawak jenakanya di kaca televisyen.

    Terbaharu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud meraih perhatian menerusi satu video dimuat naik penyampai radio terkenal, Radin di TikTok.

    Kongsi cara pilih seluar jeans

    @radinamiraffendy Ijazah terbaik datangnya dari jalanan @Mr Jowa @eddy.algojo Bila OG share ilmu pasal barang rare ?? #joeydaud #wamwamsam #jeans #bundle #fyp #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #education ? original sound – RAA

    Menerusi video tersebut, Joey dilihat memberikan tips dan tunjuk ajar kepada beberapa kru penggambaran tentang cara untuk mengenal pasti seluar jeans yang mahal dan berkualiti.

    Menurut Joey, sekiranya kain di bahagian dalam poket seluar jeans mempunyai corak dan berwarna warni, itu sudah cukup membuktikan seluar tersebut berkualiti dan mempunyai harga yang tinggi.

    Namun, sekiranya kain di bahagian dalam poket seluar itu tidak mempunyai apa-apa tulisan dan sekadar berwarna putih maka itu menunjukkan bahawa seluar itu adalah tiruan.

    Perkongsian Joey  turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun dengan perkongsian suami kepada penyanyi dan pelakon, Watie Sadali itu.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat ini merupakan kali pertama mereka melihat Joey berkongsi maklumat di dalam mod yang serius memandangkan dirinya begitu terkenal kerana lawak jenakanya.

    Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meriah lebih 350,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.

    Komen netizen

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts