Susulan isu pergolakan rumah tangga, gerak-geri dan perkongsian pelakon Fattah Amin pastinya akan menyorot perhatian ramai.
Kata-kata Fattah Amin
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, kelihatan Fattah sedang mempromosikan jenama makanan terkenal iaitu Pak Mat Western.
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin turut berkongsi peribahasa dan kata-kata hikmah.
Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Pangkat dan kemasyuran takkan akan kekal lama. Suatu hari nanti kita akan kembalikan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan perkongsian aktor berusia 34 tahun itu mempunyai maksud yang tersirat.
Dalam masa yang sama, mereka turut menyatakan sokongan terhadap Fattah dan mendoakannya agar tabah menghadapi setiap dugaan.
Apa yang dikatakan Fattah amat mendalam maksudnya.
Deep, bro. Deep. Aku doakan Allah lindungi kau dari segala yang tak elok. Sentiasa. merendah diri, orang boleh nampak kalau usaha tu betul-betul atau buat-buat baik.
Semoga berjaya bangkit dari kegelapan. Awak boleh Fattah!
Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada 25 November lalu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.