Tindakan pelakon Aprena Manrose yang memuat naik video parodi sedang ditemu bual oleh wartawan telah menerima kecaman daripada warganet yang mendakwa dia memerli aktres, Bella Astillah.
Bella adalah rakan baik
Susulan itu, menerusi kenyataan di ruangan komen video berkenaan, Aprena tampil menyangkal dakwaan tersebut.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata dia mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan Bella dan tidak mungkin akan melukakan hati rakannya itu.
Allahuakbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ini.
Korang yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa. Korang yang hati busuk.
Kes Bella, saya diantara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur, malah saya ada untuk dia. Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri.
Dalam pada itu, Aprena juga menegaskan bahawa video tersebut dibuat adalah semata-mata untuk hiburan dan gurauan.
Content ini hanya gurauan semata-mata antara saya dan suami. Jangan sesuka hati semudah itu untuk bercakap dan marilah kita berterawih.
Terdahulu, Bella mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
Video
View this post on Instagram