Baru-baru ini tular satu video di mana komposer dan penerbit, Edry Abdul Halim terkilan dengan layanan buruk yang diberikan kepada anak istimewanya.
Namun kali ini, pasangan pengantin meraih perhatian netizen dengan layanan mesra terhadap kanak-kanak .
Terima kasih layan Ainul
@ainul_autisme_art Selamat Pengantin Baru dari Ainul and team. Jutaan terima kasih kerana sudi melayan kerenah Ainul #autism #autismawareness #CapCut ? Lagu Viral Selamat Pengantin Baru – CEO OF RANDOM ?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, kanak-kanak autism yang dikenali sebagai Ainul dilihat menghampiri pasangan pengantin sekali gus mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka.
Ujar ibu Ainul, dia bersyukur anaknya menerima layanan baik dari pasangan pengantin walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
Ainul teruja jumpa pasangan pengantin.
Dia nak bergambar dengan pengantin tapi tak tahu nak cakap.
Jutaan terima kasih kerana sudi layan kerenah Ainul.
Reaksi netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan tindakan pasangan pengantin tersebut yang dilihat pandai melayan anak istimewa. Selain itu, warganet juga mendoakan perkahwinan mereka diberkati dan dirahmati Allah.