Peguam syarie yang mewakili aktres Nur Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan menafikan berlaku curang yang menjadi punca anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suami, aktor Fattah Amin.
Tiada isu curang
Kata Fakhrul, keretakan rumah tangga pasangan itu disebabkan sudah tiada persefahaman antara mereka.
Selepas permohonan cerai dibuat, Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.
Malah dalam permohonan cerai yang dibuat tiada langsung menyebut isu berkaitan curang, sebaliknya antara mereka tiada persefahaman.
Fakhrul berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada Rabu.
Individu sebar fitnah
@official Replying to @Myzza Zainal Doakan yang baik-baik ?# #fyp #news #fazura #cerai #fattahamin #mahkamah ? original sound – OHBULAN!
Berkongsi lanjut, Fakhrul mendakwa, isu curang yang digembar-gemburkan segelintir pihak sehingga tular di media sosial bukan dikeluarkan oleh Fazura mahupun Fattah.
Semuanya berpunca daripada individu yang membuat kenyataan di media sosial terhadap perkara yang kami tak pernah cakap.
Kedua-dua pihak sebolehnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka tanpa mengaibkan mana-mana pihak.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke satu tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober ini.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap Fattah.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun