Peguam syarie mewakili pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais akui tidak tahu menahu mengenai dakwaan anak guamnya sudah melafazkan cerai terhadap isteri, Ira Kazar di luar mahkamah.
Tidak menerima sebarang maklumat
Ketika ditemui , Azmi berkata, Syamsul juga tidak pernah memberitahu kepadanya mengenai dakwaan tersebut.
Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.
Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS).
Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.
Terdahulu, Syamsul dan Ira tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraian mereka meskipun pengarah itu bersedia melafazkan cerai terhadap isterinya.
Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.
Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.