Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peguam Terkenal Nak Bantu Kes Bayi Dibekukan, Pertikai Hospital Tahan Ibu...

    [VIDEO] Peguam Terkenal Nak Bantu Kes Bayi Dibekukan, Pertikai Hospital Tahan Ibu Mangsa 16 Hari – ‘Itu Satu Bentuk Elemen Jenayah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai jasad seorang bayi yang dibekukan selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta didakwa hanya kerana si bapa tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos perubatan.

    Dapat perhatian peguam terkenal

    @nazz_phg Alhamdulillah lawyer Dato Zaharil nak tolong mak ayah baby adham.. Semoga ada pembelaan buat mak ayah baby adham & segala urusan dipermudahkan. Aamiin ? #justiceforbabyadham #babyadham #lawyerkotakpensil #datoahmadzaharil #fyp #foryoupage #fypviral ? original sound – ?N.a.Z.z_06?

    Terbaharu, kes tular menyayat hati itu turut mendapat perhatian dan respon peguam terkenal iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

    Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ahmad Zaharil mempertikai tindakan pihak hospital yang telah menahan ibu mangsa selama 16 hari di wad.

    Menurut peguam berusia 58 tahun itu, tindakan yang dilakukan pihak hospital adalah salah kerana mempunyai elemen jenayah.

    Apa hak kau (hospital) nak tahan anak guam aku dan apa undang-undang yang kau pakai.

    Kau pakai agreement? Agreement itu adalah bukti dia pernah datang tetapi apabila kau tahan dia, itu adalah satu bentuk elemen jenayah.

    Kenapa hospital buat tindakan sendiri dan tak bawa ibu arwah ni ke balai? Ada je balai berdekatan dengan hospital.

    Faktanya di sini ialah pihak hospital tahan jenazah anak itu selama dua minggu. Sepatutnya tak perlu disimpan sebab anak itu dah tiada (meninggal dunia).

    Sementara itu, isteri kepada datuk turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak hospital dan menganggap perbuatan mereka membekukan jenazah bayi tersebut sebagai kejam.

    Bukannya bil itu sampai berpuluh ribu, kalau beritahu pasal isu ini mesti akan ada orang nak menolong.

    Kejamnya manusia, sepatutnya berilah bayi itu dikebumikan dulu.

    Nak bantu ibu bapa mangsa

    Dalam pada itu, Ahmad Zaharil meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa mangsa kerana mahu membantu mereka menyelesaikan kes.

    Kalau korang ada jumpa, suruh dan bawa mak bapa arwah datang jumpa aku dan mari aku saman pihak hospital.

    Aku mesti akan lawan.

    Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu hantaran menitipkan ucapan terima kasih buat Ahmad Zaharil atas kesudiannya membantu mendapat keadilan buat keluarga mangsa.

    ALSO READ:  [VIDEO] Siti Jamumall Selar Netizen Tuduh Hamil Luar Nikah – ‘Mulut Jagalah, Nak Menuduh Je’

    Terdahulu, Mr Wan Cai berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.

    Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian wargamaya yang bersimpati dengan nasib menimpa bayi yang dinamakan Muhammad Adham Mikail itu.

    IG Wan Cai

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Mr Wan Cai Official (@mr_wan_cai_official)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts