Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pekerja Warga Asing Dah Kerja Malaysia 20 Tahun, Gaji Cecah RM5.2k...

    [VIDEO] Pekerja Warga Asing Dah Kerja Malaysia 20 Tahun, Gaji Cecah RM5.2k Sebulan – ‘Mula-Mula Datang Sini Gaji RM900’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pekerja warga asing berkongsi tangga gaji yang diterimanya selepas hampir 20 tahun bekerja di Malaysia.

    Gaji cecah RM5.2k sebulan

    Menerusi video yang dimuat naik Malaysian Pay Gap di TikTok, pekerja yang berasal daripada Bangladesh itu memaklumkan bahawa gajinya di Malaysia ketika ini sudah mencecah RM5,200 sebulan.

    Saya berasal dari Bangladesh dan sudah bekerja lebih 20 tahun di Malaysia.

    Saya bekerja di tapak pembinaan dan bekerja sebagai seorang penyelia (supervisor) yang menguruskan duit ‘claim’ dan duit gaji pekerja.

    Masa mula-mula saya datang ke sini gaji saya hanya RM900 sebulan tetapi sekarang mencecah RM5,200 sebulan.

    Saya tidak pernah tukar kerja tapi dalam masa 20 tahun bekerja, majikan saya sudah bertukar sebanyak dua kali dan dari situ gaji saya dinaikkan.

    Tambah pekerja warga asing itu lagi, dia memilih untuk ‘berhijrah’ kerana tangga gaji yang diberikan di negara asalnya sangat sedikit jika hendak dibandingkan di Malaysia.

    Kenapa saya bekerja di Malaysia kerana gaji di negara saya sangatlah kecil. Kalau bekerja di sana, gaji saya dalam RM400 hingga RM450 sebulan.

    Gaji saya di Malaysia ketika ini sudah sama seperti pengurus bank dan jawatan tertinggi di sana. Di sini, saya hanya bekerja sebagai penyelia di tapak pembinaan untuk dapat gaji sebesar itu.

    Hormat pekerja tapak pembinaan

    Di akhir temu bual, pekerja tersebut menitipkan pesan buat orang ramai untuk turut menghormati pekerja warga asing kerana mereka juga merupakan manusia yang punya hati dan perasaan.

    Bila tengok pekerja asing warganegara Bangladesh, ada segelintir orang akan sentuh mengenai warna kulit kami.

    Sejujurnya saya terasa sebab kita adalah manusia.

    Harap anda boleh hormati pekerja tapak pembinaan seperti saya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak terkejut mendengar pendedahan tersebut sebaliknya berterima kasih kepada mereka yang melakukan kerja yang tidak sanggup dilakukan kebanyakan orang.

    ALSO READ:  Meriah Betul Dekorasi Raya The Exchange TRX Tahun Ni, Siap Ada Persembahan Budaya Lagi!

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts