Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang pelajar mengalami kecederaan selepas dipaksa makan roti yang mengandungi duri.
Dipaksa makan roti duri
Memang sial budak budak membuli ni, bagi makan roti campur dengan duri. Betul betul Keturunan anak iblis pic.twitter.com/rv4ZqRfQb5
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) September 2, 2024
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Malaysiaviralll, kelihatan mangsa sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan pada bahagian dalam mulutnya.
Menurut sumber, pada awalnya mangsa tidak tahu akan kandungan yang terdapat dalam roti tersebut sehinggalah mangsa menjamahnya. Rupa-rupanya roti tersebut mengandungi sesuatu yang tajam seperti duri dan ianya diperbuat daripada plastik.
Mangsa dipercayai dibuli oleh rakannya yang masing-masing belajar di sebuah sekolah yang sama di Indoensia.
Jururawat, Elyanda Fitria memuji keberanian pelajar itu yang memberikan kerjasama sepanjang proses rawatan.
Pada mulanya, dia tidak berhenti menangis tetapi selepas dipujuk, kami berjaya menenangkannya. Duri itu telah dikeluarkan.
Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan kekecewaan mereka terhadap sikap generasi sekarang yang semakin liar.
Mereka turut mengecam tindakan buli yang semakin menjadi-jadi selain berharap agar hukuman setimpal dikenali kepada si pembuli.