Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pelakon Dedah Telah Cerai Secara Taklik Sebab Suami Minum Ketum –...

    [VIDEO] Pelakon Dedah Telah Cerai Secara Taklik Sebab Suami Minum Ketum – ‘Dia Benarkan Saya Dipukul & Dikurung’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Mimie Ara mendedahkan sudah bercerai secara lafaz taklik dengan suaminya sejak tahun lalu.

    Penjelasan Mimie

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Mimie Ara | Actress | Singer | Model | KOL | Influencer (@mimieliciousss)

    Berita tersebut dikongsikan Mimie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram. Jelasnya lagi, perceraian tersebut berlaku secara lafaz taklik.

    Status saya sebenarnya saya sudah diceraikan tahun lepas lagi oleh bekas suami saya. Menerusi lafaz taklik (bersyarat) jatuh talak jika dia minum ketum.

    Dan kita semua tahu keadaan sebenarnya dia macam mana tetapi dia war-warkan kepada orang ramai saya masih isteri dia yang sah.

    Dalam pada itu, Mimie memberitahu selama ini dia memilih untuk mendiamkan diri dan tidak membuka aib rumah tangga kerana hormat terhadap suaminya. Namun kini, dia terpaksa menceritakan kejadian sebenar yang berlaku.

    Saya simpan segala aib dia sehingga berlaku salah faham dan dia putar belit fakta. Sedikit pun dia tak mengatakan hal yang sebenar mahupun membela saya.

    Saya dah penat simpan. Saya hormat dia selama ni sebab tu saya masih tak buka aib dia sehingga kejadian dia membenarkan saya dipukul dan dikurung.

    ‘Saya yang dianiaya, saya pula yang dipukul’

    Bercerita dengan lebih lanjut, Mimie mendakwa salah satu punca keretakan rumah tangganya juga adalah disebabkan campur tangan pihak lain.

    Ini yang membuat saya hilang sabar. Saya yang dianiaya, saya pula yang dipukul. Tanggung lah akibatnya kepada yang masuk campur ya.

    Dia sangat baik, sebab tu saya beri peluang tetapi ada yang masuk campur sampai pukul saya. Disebabkan kau masuk campur jugak la keadaan makin memburuk.

    Sementara itu, Mimie akui pernah memberi peluang kepada bekas suaminya itu namun lelaki itu langsung tidak berubah.

    Saya memberi peluang tapi nampak gayanya peluang yang saya beri tak digunakan dengan sebaiknya. Jadi tak perlulah saya membodohkan diri saya selamanya.

    Nak rujuk buat cara nak rujuk. Kena berubah. Janji nak berubah kan? Jangan putar belit dekat orang lain cakap belum cerai pula.

    Lepas tu aniaya aku! Cerita lah perkara sebenar dekat orang supaya tak jadi salah faham. Sebab kita tak rujuk pun lagi.

    ALSO READ:  Aliff Aziz Nafi Tarik Kes Mahkamah Melibatkan Bekas Kekasihnya Sarah Yasmine

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts