Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peluang Kedua, Dari Pesalah Kepada Pelajar Cemerlang

    [VIDEO] Peluang Kedua, Dari Pesalah Kepada Pelajar Cemerlang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernahkah korang terfikir bagaimanakah kehidupan di sebalik tirai besi pada usia muda? Hilang keluarga, hilang kawan-kawan dan hilang kehidupan bebas yang suatu ketika dulu pernah dinikmati.

    Itulah kehidupan yang dilalui oleh Amir, 32, pelajar Sekolah Integriti Kluang apabila tersalah langkah di usia muda tetapi kini bangkit kembali untuk cuba mendapatkan masa depan yang lebih cerah.

    Jom kita selami kisah Amir dan jadikan ia sebagai iktibar dalam hidup kita.

    Peluang kedua itu mahal, jangan pernah sia-siakannya!

    Pernah merasakan masa depannya kelam setelah dijatuhi hukuman banduan akhir, Amir akhirnya bersyukur apabila mendapat peluang untuk mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 6A, 2B.

    Lebih membanggakan apabila Amir mendapat tawaran daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam jurusan Keusahawanan dan yuran pembiayaan pembelajaran turut ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti tersebut.

    Resepi kejayaan Amir

    Apabila ditanya apakah resepi kejayaan Amir, menurutnya tak lain tak bukan adalah sokongan ahli keluarga yang tak putus-putus memberi kata semangat dan mendoakannya.

    Walaupun pada mulanya sukar untuk keluarganya mempercayai kebolehannya dalam pembelajaran dan membaca Al-Quran, berkat kesungguhan dan usaha yang Amir tunjukkan akhirnya membuahkan hasil.

    Sekolah Integriti, pengukuhan kendiri bagi penghuni penjara setelah dibebaskan

    Kalau korang nak tahu, kesemua yang dikecapi Amir ni adalah hasil tunjuk ajar dan titik peluh daripada guru-guru di Sekolah Integriti Kluang yang diasaskan melalui kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

    Menurut Amir, Sekolah Integriti ini telah menyediakan fasiliti yang terbaik walaupun mereka hanyalah banduan. Modul pembelajaran juga adalah seiring dengan modul yang diguna pakai di luar, jadi mereka tak pernah rasa ketinggalan dalam pembelajaran.

    ALSO READ:  Isa Isarb Galas Tanggungjawab 100% Selepas Batalkan Program ‘Hero Teladan’ – ‘Semua Staf Di Bawah Projek Ini Jobless’

    Di samping itu, peluang pendidikan yang diberikan ini adalah sebagai pengukuhan kendiri bagi penghuni penjara setelah dibebaskan agar mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Penyediaan Pendidikan Korektif kepada penghuni bukan sahaja untuk memastikan tahap pendidikan setiap penghuni diperluaskan secara sukarela malah usaha ini dijalankan bagi membolehkan mereka menikmati pemulihan bersepadu dan pendidikan yang lebih formal termasuk menduduki peperiksaan awam seperti SPM.

    Pendidikan pengajian tinggi juga turut dibuka kepada penghuni penjara yang berminat dan program ini dilaksanakan dengan kerjasama universiti awam dan swasta dalam negara. Sistem pendidikan di penjara juga memberi peluang kepada penghuni untuk mendapatkan ilmu melalui program pendidikan sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan “Pendidikan Untuk Semua” yang telah diperjuangkan oleh UNESCO.

    Diharap, usaha murni ini dapat memberikan impak positif kepada banduan-banduan yang mendapat tempat di sekolah-sekolah di dalam penjara ini. Tak kiralah seberapa besar kesalahan seorang banduan tersebut, mereka layak diberikan peluang kedua dan sokongan untuk berubah menjadi individu yang lebih baik.

    #HariGuru2024
    #GuruJauhariDigitalAspirasiNegaraMADANI
    #7TerasKPM
    #MalaysiaMADANI
    #PendidikanManusiawi
    #terimakasihcikgu

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts