Bekas isteri kepada salah seorang anggota kumpulan Spin iaitu Raymie mendedahkan mereka kini sudah sah bercerai.
Bercerai secara hakam
@arynnazaofficial Assalamualaikum… Dengan ini Saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan Saya bersama Mohd Remmy Bin Abd Razak atau dikenali sebagai Remmy Spin telah jatuh talak satu Bain sugra Dari pihak hakam mahkamah syariah Kuala Lumpur pada Harini 18 December 2024 Jam 11.18pagi …Bagi mengelakkan Salah faham atau fitnah Saya terpaksa post Untuk memberitahu kepada umum serta kenalan terdekat Kerana pihak Sana Masih berangan dan Masih post mengatakan hubungan kami Tiada masalah walaupun hampir setahun Saya dan Beliau Naik turun mahkamah….Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu Saya umumkan lebih2 lagi..sekadar yg Tahu cukup la….Semoga dalam tempoh eddah YG tidak boleh dirujuk lagi, Sy harap awak mampu tunaikan tanggungjawab Kepada Anak awak Dhea Rayna..Cukuplah dengan apa yang terjadi Selamat 4Tahun Saya bersabar dan memberi peluang berulang Kali…Terima Kasih dan halalkan Makan minum Saya serta anak2 sepanjang Jadi isteri awak …Mohon doakan kitorang berbaik2 demi kebaikan anak dan meneruskan kehidupan masing2 seperti biasa…Maaf skali lagi Saya terpaksa undur diri Kali Ni… #RNR #RynRemmy #kenal2020 #kahwin5may2021 #cerai18december2024 #Takbolehrujuklagi #TalakBainSugra #AkuTerpaksaKauDipaksa
? original sound – Abam_JiwangkapaK – Abam_JiwangkapaK
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, isteri Raymie iaitu Aryn Naza memberitahu bahawa dia dan Raymie telah sah bercerai talak satu secara hakam pada Rabu.
Saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Mohd Remmy Bin Abd Razak atau dikenali sebagai Raymie Spin telah jatuh talak satu, bain sugra, dari pihak hakam Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Disember 2024 jam 11.18pagi.
Menurut Aryn, hantaran tersebut dikongsi adalah untuk memaklumkan kepada umum bahawa dia dan Raymie bukan lagi suami dan isteri dengan tidak mendedahkan secara lanjut apakah punca perceraian mereka.
Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum serta kenalan terdekat kerana pihak sana masih berangan dan masih post mengatakan hubungan kami tiada masalah walaupun hampir setahun saya dan dia naik turun mahkamah.
Sebab apa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan lebih-lebih lagi, sekadar yang tahu cukuplah.
Bertanggungjawab kepada anak
@arynnazaofficial ? original sound – ARYN NAZA – ARYN NAZA
Walau bagaimanapun, Aryn berharap agar Raymie tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada anak mereka.
Semoga dalam tempoh iddah yang tidak boleh dirujuk lagi, saya harap awak mampu tunaikan tanggungjawab kepada anak awak Dhea Rayna.
Sementara itu, Aryn juga berterima kasih terhadap bekas suami meskipun mendakwa sudah empat tahun menahan sabar.
Cukuplah dengan apa yang terjadi selama empat tahun saya bersabar dan memberi peluang berulang kali.
Terima kasih dan halalkan makan minum saya serta anak-anak sepanjang jadi isteri awak.
Mohon doakan kami berbaik-baik demi kebaikan anak dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Maaf sekali lagi saya terpaksa undur diri kali ini.
Difahamkan Aryn dan pemain gitar bes kumpulan Spin itu mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021.