Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur!-“Fanatik Betul Dia, Baru Meriah”

    [VIDEO] Peminat Dolla Jerit Nama Buatkan Ramai Terhibur!-“Fanatik Betul Dia, Baru Meriah”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan ahli kumpulan wanita Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Dolla. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2019 serta terdiri daripada empat orang ahli kumpulan iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.

    Dolla telah mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia serta mereka mula dikenali ramai apabila single pertama “Dolla Make You Wanna” mendapat perhatian yang meluas dari rakyat Malaysia.

    Dolla semakin dikenali ramai dan peminatnya kini kian bertambah, bukan sahaja hanya di Malaysia malah di Indonesia, Singapura, Brunei, bahkan di United Kingdom serta China. Namun, baru-baru ini, Dolla mengeluarkan kenyataan rasmi apabila mereka akan bergerak seramai tiga orang di dalam kumpulan tersebut setelah ketiadaan Syasya.

    “Amboi Kuatnya Suara, Terkejut Tabby”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @drkmochi yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 202 ribu, tanda suka sebanyak 19 ribu dan sebanyak 84 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ahli kumpulan Dolla yang berada dia suatu majlis dan apabila mereka mengenalkan diri, nama mereka dijerit oleh peminat.

    @drkmochi

    Hilang suara?! No worries! 10/10 worth to hype them hehe <3 (video credits to the owner) #dolla #dollaofficial #angeldolla #tabbydolla #sabronzodolla #foryou #fypage #tiktokmalaysia

    ♬ Fluffing a Duck – Kevin MacLeod

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, sangat meriah sekiranya mempunyai peminat sepertinya kerana acara tersebut tidak akan menjadi bosan.

    Apa-apa pun, semoga Dolla terus mengeluarkan lagu-lagu yang terbaik terutamanya buat peminat-peminatnya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Misha Omar Beri Bayangan Bakal Adakan Konsert Tak Lama Lagi

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts