Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Monday, July 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Peminat Lepas Rindu Tengok Hafiz Suip Nyanyi ‘Live’ – ‘Please Comebacak...

    [VIDEO] Peminat Lepas Rindu Tengok Hafiz Suip Nyanyi ‘Live’ – ‘Please Comebacak & Bangkit! Dia Vokal 3 Kali Berturut AJL’

    -

    Shopee CNY Sale


    Hafiz SuipHafiz Suip

    Sepotong video memperlihatkan penyanyi Hafiz Suip sedang menyanyi di sebuah lokasi dipercayai di majlis kenduri telah menyorot perhatian netizen.

    Peminat lepas rindu

    Hafiz SuipHafiz Suip

    Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama @Fadlee, Hafiz dilihat sedang menyampaikan salah satu lagu hits miliknya berjudul Ku Akui.

    Dalam video berkenaan, penyanyi kelahiran Sarawak itu dilihat mengenakan baju polos berwarna kuning dan berkopiah sambil menyanyi dalam keadaan duduk.

    Dapat dilihat juga, suara pemenang vokal terbaik sebanyak tiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) itu masih menyengat.

    Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berkata kerinduan mereka akhirnya terubat untuk mendengar lantunan suara dan melihat Hafiz menyanyi secara langsung.

    Malah, warganet juga berharap juara program realiti Akademi Fantasi 7 itu kembali bergiat aktif semula dalam bidang nyanyian kerana bakat yang dimiliki sangat istimewa.

    Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan untuk menyanyi.

    Kenyataan itu dibuat Hafiz ketika membalas komen salah seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan.

    Pun begitu, ada segelintir netizen yang memahami keputusan penyanyi itu untuk berehat dan tidak muncul dalam mana-mana pentas mahupun kaca televisyen.

    Video

    @arechailee77karok malam td? original sound – arechailee77 – Fadlee

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts