Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peminat Minta Buat Live Karaoke, Jawapan Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai-“Tunggu...

    [VIDEO] Peminat Minta Buat Live Karaoke, Jawapan Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai-“Tunggu Saya Takde Job, Saya Buat Ok!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Tokti Belajar Dengan Izara Aishah Ni, Pandai Menyakat Peminat”-Kata Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak286 ribu, tanda suka sebanyak 7,247 dan sebanyak 183 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjawab pertanyaan dari peminat yang memintanya untuk membuat karoake ketika live, namun jawapan yang diberikan Tokti membuat ramai terhibur.

    “Nak buat live karaoke? tunggu tunggu dulu, free banyak masa, free nanti takde job saya buat live karaoke”-Kata Tokti

    “Takde job nanti saya buat okay, sekarang tengah banyak job”-Tambah tokti

    @sitizoner

    #fyp

    ♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

    Rata-rata peminat terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga memberitahu bahawa terdahulu ada yang mengatakan Tokti tidak mempunyai ‘job’ kerana sering membuat live, namun mereka suka mendengar jawapan tokti kali ini apabila diminta untuk membuat live karaoke tersebut.

    Apa-apa pun, Tokti hanyalah bergurau sahaja dengan peminat yang memasuki live di media sosialnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts