Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Penampilan Zahirah Macwilson Selepas Bersalin Anak Kedua, Buat Netizen ‘Cemburu’!

    [VIDEO] Penampilan Zahirah Macwilson Selepas Bersalin Anak Kedua, Buat Netizen ‘Cemburu’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui, pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza baru sahaja selamat menyambut cahaya mata kedua mereka pada Jumaat.

    Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Zahirah menerusi hantaran di Instagram, memaklumkan bahawa dia telah melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Inara Raisa di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia.

    Terkini, Zahirah dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya berada di salah sebuah bilik pesakit serta kapsyen yang menyatakan dirinya yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.

    “Nothing much, baru sahaja melahirkan. You?.”-kapsyen Zahirah di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

    “Ni Baru Bangun Tidur Ke Baru Bersalin?…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya kaum wanita meluahkan rasa terpegun melihat keadaan Zahirah yang kelihatan cantik dan segar biarpun baru sahaja bersalin pada 31 Mei lalu, malah ramai yang ‘cemburu’ melihat tubuh badan pelakon ini yang kekal langsing.

    “Dia punya reaction betul ke lepas beranak? Kalau aku, seminggu masih macam hantu kak limah.”

    “Looks like you just sneezed the baby out. Alhamdulillah, congrats!.”

    “Adoi dia lepas bersalin boleh relax-relax lagi ye. I dah terbaring je. Takde nak selfie-selfie buat gaya. Supermom sangat ni.”

    “Maybe lepas ni kena beranak kat oversea kot baru cantik.”

    “Ni baru bangun tidur ke baru bersalin? Seriously nampak fresh.”

    “Macam ni la lawa je lepas beranak. Sis cemburu.”

    “Huu slim terus. Mana perut Zahirah ni. Takde extra pocket  macam pocket kangaroo ke lepas bersalin.”

    “Dia punya relax macam baru lepas habis workout.”

    Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

    ALSO READ:  [VIDEO] “Harga Tiket ARIJIT SINGH LIVE IN MALAYSIA Antara Yang Termurah”- Rohit Rampal

    Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun serta bayi perempuan, Inara Raisa yang baru sahaja dilahirkan pada 31 Mei 2024.



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts