‘Penat macam mana pun, Lufya nak hantar Haura sendiri ke sekolah’ demikian kata pelakon dan penyanyi, Lufya Omar menerusi sebuah posting di Instagram.
Baca doa dengan anak
Menurut Lufya, waktu pagi sebelum menghantar anaknya itu ke sekolah, mereka akan baca doa bersama-sama.
Penat macam mana pun, pagi-pagi kalau boleh Fya nak hantar Haura sendiri. Time ni la nk baca doa-doa dengan dia dalam kereta sebelum ke sekolah. Alhamdulillah.
Tambah Lufya, Haura sudah pandai membaca Surah At-Taubah.
Selain memuat naik video bersama, Lufya sempat berkongsi mengenai kelebihan surah tersebut.
Banyak kelebihannya antaranya adalah dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat kelapangan hidup. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan hidup.
Pandainya Haura
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Haura. Netizen mendoakan Haura menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Video
View this post on Instagram