Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVideo: Pengalaman Kahwin Aslam dan Saya Ketika Masih Bersekolah, Bersalin Anak Pertama...

    Video: Pengalaman Kahwin Aslam dan Saya Ketika Masih Bersekolah, Bersalin Anak Pertama Semasa Program Internship – Kesyieraan Misya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dia mendedahkan pernah bersekolah di pusat tahfiz.

    ‘Saya dibawa ke Mesir selama setahun’

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Hejja HQ, Misya memberitahu bahawa dia pernah ke Mesir selama setahun sebelum kembali semula ke Malaysia untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah (SPM).

    Saya belajar di sekolah menengah sampai tingkatan dua kemudian sambung belajar Al-Quran. Lepas tu daripada tahfiz tu saya dibawa ke Mesir selama setahun.

    Selepas menamatkan Fast Track SPM (program pembelajaran secara ‘trek pantas’ bagi pelajar lepasan tahfiz), Misya atau nama sebenarnya Umisya Mazlan menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan pendidikan perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).

    Sewaktu bergelar seorang pelajar, Misya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suami, Aslam.

    Masa diploma iaitu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Misya kahwin. Masa tu tak habis diploma lagi. Kahwin sambil belajar, Selepas tu, dapat anak pertama dan masa tu tengah intern (latihan industri). Saya berpantang masa tengah intern. Nasib baik masa tu online, sambil jaga anak sambil intern jadi cikgu.

    Bercerita dengan lebih lanjut, Misya berkata dia menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda namun masih belum berkesempatan berbuat demikian.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji Misya dan menyifatkan dia seorang wanita yang bijak. Tidak kurang juga ada di antara mereka, tidak menyangka bahawa Misya seorang pelajar tahfiz.

    Video

    @hejjahq Thank you @umsymzln sudi bekerjasama dengan kami untuk projek Hegula x Misya, projek masak resepi lebih sihat dengan Hegula. Sambil masak2 kita borak2 terkeluarlah cerita cinta Misya. Tak sangka kan misya belajar sampai ke mesir, misya belajar quran, budak tahfiz boleh cakap arab tau. Bukan biasa2 misya ni.. patutlah misya sangat tabah dalam dugaan ni.. nak tahu misya masak apa, dan banyak lagi cerita misya jangan lupa follow okay ?? Hegula x Misya. Terbaik @eaisyah_listra. #hegula #hejjahq #pemanisgantigula #pemanissemulajadi #hidupsihat #stopgula #lifestyle #hegulaxmisya #umisyamazlan #misya ? original sound – Hejja HQ

    ALSO READ:  Izreen Azminda Keracunan Makanan Kali Kedua, Badan Sampai Menggigil – ‘Teruk Sikit Dari Sebelum Ini, Mungkin Sebab Mengandung’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts