Majlis pernikahan semestinya momen terindah buat pasangan, ahli keluarga dan rakan terdekat.
Namun, lain pula kali ini apabila pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia sejurus selesai urusan akad nikah.
Bahagia bertukar duka
@basrialhasan1Innalilahiwainalilahirojiun Turut berduka cita sedalam dalam nya atas meninggal nya pengantin hariini 05-12-2024 yg bernama Rika amiyana alamat naningan pasar lama. Dimana hariini adalah hari pernikahan sekaligus hari wafatnya beliau.. Semoga amal ibadah nya diterima di sisi allah swt. Dan beliau meninggal setelah akad nikah. Sblum nya beliau mash sempat sungkeman dg org tua, dan lalu beliau tdak sadarkan diri, lalu dibawa ke puskes terdekat, lalu di rujuk ke RS sesampainya di RS beliau dinyatakan meninggal dunia? selamat jalan? La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef
Memetik laporan Tribun Lampong, kejadian yang mengejutkan itu berlaku di Pekan Air Naningan, Kabupaten Tanggamus, Lampung, Indonesia.
Ujarnya, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Rika merasakan dirinya kurang sihat pada hari kejadian.
Rika cakap dia pening.
Ingatkan kerana keletihan daripada proses majlis.
Dilaporkan, Rika sempat dibawa ke hospital dan disahkan kematiannya oleh doktor.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, dilihat penduduk kampung mengangkat pengantin perempuan di dalam keranda bagi persiapan dikebumikan.
Menurut suaminya, Nur Kholik, arwah memiliki sejarah penyakit jantung sejak dari kecil.