Di TikTok, tular satu hantaran memaparkan sepasang pengantin yang baru sahaja selesai melangsungkan majlis pernikahan mereka.
Jamu tetamu makan Suki-ya
@realy4smn wedding nikkah simple & rare??? #foryou #shouldbeme #foryoupag? #sukiyamalaysia ? Sedang Jatuh Cinta – Jaz
Tidak seperti kebiasaan, pasangan pengantin yang dikenali sebagai Yasmin dan Ebraheem ini memilih untuk melakukan ‘intimate wedding’ dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Yasmin dan Ebraheem tidak menjamu para tetamu dengan hidangan nasi minyak sebaliknya membawa menikmati juadah di restoran Jepun terkenal iaitu Suki-ya terletak di Selangor.
Pernikahan dan perkahwinan yang simple dan ‘rare’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan hasrat mereka untuk berbuat perkara yang sama dan ada yang bertanya mengenai kos yang dikeluarkan Yasmin dan Ebraheem.
Menjawab kepada persoalan tersebut, Ebraheem menjelaskan dia berbelanja tidak sampai RM1,000 untuk menjamu 17 tetamu dewasa dan dua tetamu kanak-kanak.