Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 10, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Penghantar Makanan Bangun Seawal 4 Pagi Untuk Cari Rezeki – ‘Selagi...

    [VIDEO] Penghantar Makanan Bangun Seawal 4 Pagi Untuk Cari Rezeki – ‘Selagi Boleh Sauk, Kita Sauk’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan mencuri perhatian ramai menerusi hantaran yang dimuat naiknya di TikTok.

    Keluar empat pagi

    @miloais____2 tak 200 jangan balik #pejuangringgit ? original sound – AisyyZ

    Menerusi hantaran yang dibuat, pemuda itu memaklumkan dirinya sanggup melawan mengantuk dan keluar seawal jam empat pagi demi mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan.

    Pukul empat pagi ya korang.

    Sampaikan ada orang tanya aku, ‘Kau gila ke keluar pagi-pagi buta? Ada orang order ke? Orang semua tidur kot.’

    Siapa cakap tak ada order? Kalau tak ada order, aku tak keluarlah.

    Aku buat apa yang orang tak buat. Orang tengah tidur, aku keluar. Selagi boleh sauk, aku sauk.

    Tambah pemuda itu, rezeki yang telah ditetapkan untuk seseorang tetap perlu dicari dan seseorang itu perlu melawan sifat malas yang ada dalam diri mereka.

    Rezeki itu kalau nak datang, dia datang. Tinggal korang rajin atau tak je nak cari.

    Kalau nak kata malas, aku pun malas tapi aku lawan diri aku sendiri.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau dengan keadaan kesihatan pemuda itu dan mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts