Penyanyi dan pelakon Bella Astillah tampil memohon maaf susulan memuat naik posting berbentuk gimik di Instagram bagi tujuan mempromosikan konsert A Night With Sumandak Stars ‘Ceritera Hatiku’ yang bakal berlangsung pada 30 November depan.
Takut buat hantaran sebegitu
Menerusi temu bual bersama , Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, hantaran tersebut dibuat atas permintaan pihak penganjur dan persetujuan bersama keluarga.
Sebenarnya saya takut juga buat hantaran sebegitu, tapi atas permintaan penganjur dan persetujuan bersama keluarga, saya buat juga gimik itu. Sebelum ini saya tak pernah buat begitu, saya minta maaf kalau ada yang risau.
Tapi saya bersyukur kerana itu juga menunjukkan mereka (peminat) ambil berat tentang diri saya.
Berbicara lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon maaf sekiranya posting ‘mahu mengumumkan sebuah berita tergempar hari ini’, membuatkan peminatnya menjadi khuatir.
Ujar Bella lagi, dia tidak akan kembali ke pangkuan bekas suaminya, Aliff Aziz, seperti yang diperkatakan oleh netizen di ruangan komen.
Melihat komen bertanya adakah saya mahu kembali bersama, saya juga risau. Saya berdoa agar dijauhkan daripada itu. Fokus saya hanyalah untuk anak-anak. Sebab itu dalam hantaran saya cakap harap semua boleh terima sebab gusar juga ini konsert pertama dan mahu menjayakan konsert Sumandak ini buat julung kali.