Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peniaga Durian Tiada Niat Tayang Badan Sado, Nafi Jadikan Sebagai Marketing...

    [VIDEO] Peniaga Durian Tiada Niat Tayang Badan Sado, Nafi Jadikan Sebagai Marketing – ‘Buka Pakaian Waktu Itu Sebab Cuaca Panas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, tular satu video memaparkan beberapa orang penjual durian yang sedang menguruskan raja buah itu tanpa baju di TikTok.

    Terbaharu, mereka tampil memberikan penjelasan mengenai video yang tular tersebut.

    ‘Tak ada niat tayang badan’

    Foto: Harian Metro

    Memetik laporan Harian Metro, salah seorang peniaga yang dikenali sebagai Muhammad Al Irfan Mohamad Al Hady memaklumkan dia sama sekali tidak berniat untuk ‘menayang’ badan dan menjadikannya sebagai satu cara untuk menarik pelanggan ke kedainya.

    Menurut Irfan, video itu telah pun dirakam dan dimuat naik ketika dia sedang sibuk mengatur dan menyusun buah yang baru saja tiba di gerainya.

    Waktu itu tengah hari dan buah (durian) baru sampai dari Johor, saya pula pakai baju tebal.

    Tak sangka pula ada pelanggan rakam video, kakak pun sama (rakam) untuk ‘content’ (bahan perkongsian) di TikTok.

    Tak sangka pula apa kakak kongsikan itu dapat perhatian sampai ramai pelanggan datang, kebanyakannya tahu daripada TikTok cuma di komen ada juga kecam tapi saya terima saja.

    Sementara itu, sepupu kepada Irfan yang dikenali sebagai Meor memaklumkan bahawa tahun ini merupakan kali kedua dia turut sama menjual durian dan perniagaan itu dijalankan bersama ahli keluarganya.

    Tambah Meor, sambutan pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lalu dan mengakui video tular di Tiktok itu berjaya menarik kedatangan pelanggan ke gerainya.

    Kami berlima dan mereka yang lain adalah sepupu saya, kiranya ini adalah perniagaan keluarga. Ikutkan tahun lalu pun berniaga durian cuma mungkin tak tular ketika itu.

    Lagipun, tahun lalu badan kami semua kurus kering, baru tahun ini buat badan (ada bentuk badan) selepas aktif semula ke gimnasium selepas lama tinggalkan.

    Tak sangka pula boleh tular kerana video tak pakai baju dimuat naik sepupu di TikTok kerana buka pakaian waktu itu sebab cuaca panas, bukannya nak menunjuk.

    Terdahulu, satu video memaparkan Irfan dan dua lagi peniaga yang sedang menyusun atur buah durian di gerai mereka menjadi perhatian dan buah mulut netizen.

    ALSO READ:  Alha Alfa Kosmetik Kembali Menjadi Penaja Utama AJL 38 Dengan Tema Muzikaverse

    Video tular

    @durianpapamuda Orang asyik tanya siapa papa muda? Mereka ni la papa muda ? #menjawabpersoalan #durianpapamuda #bangi #fyppppppppppppppppppppppp #datoabubakarbaginda ? suara asli – ????? ???? – ????_???

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts