Bila kita bercakap soal makanan, dapat kita lihat ada saja idea kreatif peniaga masa kini merevolusikan juadah bagi menarik minat para pelanggan.
Super Ring ‘milkshake’
Terbaharu, tular di TikTok memaparkan seorang pekerja di sebuah restoran mamak yang menyediakan minuman jenis ‘Super Ring milkshake’ kepada pelanggan.
Menerusi video tersebut, pekerja berkenaan mencampurkan makanan segera ‘Super Ring’ bersama susu pekat manis, ais krim vanilla dan susu ‘ultra-high-temperature processing’ (UHT) sebelum mengisar kesemua bahan tersebut.
Difahamkan, minuman tersebut disediakan oleh sebuah restoran yang terletak di Kajang, Selangor.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya menyorot perhatian wargamaya yang rata-rata tidak menyangka menu sebegitu boleh dihasilkan.
Malah, ada juga yang merasakan menu tersebut sebagai pelik dan meloyakan.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang meluahkan hasrat mereka ingin mencuba minuman tesebut.