Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Peniaga Tak Jadi Nak ‘Gulung Tikar’, Pelanggan Berderu ‘Masuk Macam Air’...

    [VIDEO] Peniaga Tak Jadi Nak ‘Gulung Tikar’, Pelanggan Berderu ‘Masuk Macam Air’ Selepas Zizan Datang Makan Di Kedai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang peniaga di Sungai Buloh, Selangor tidak menyangka hasratnya yang mahu ‘gulung tikar’ berubah selepas kedai makannya dikunjungi selebriti terkenal, Zizan Razak.

    Tak jadi ‘gulung tikar’

    @ricospizzacafeSaya mintak maaf kepada semua yang berderu datang ke kedai kami yang mendapat servis yang cukup teruk.. Sejujurnya kami sepanjang 2 tahun buka Ricos Pizza cafe, kami tak pernah dikunjungi pelanggan yang terlalu banyak. Sale kami pun amat-amat sendiri. Beberapa kali kami ambil keputusan nak tutup terus cafe ni. Tapi kami fikir, Allah tak suka hamba dia yang cepat putus asa. Kami terus bertahan walau simpanan kami hampir habis sebab banyaj kos yang tak lepas untuk kami tanggung. Ngeri tahun 2024, peniaga kecil macam kami. Kami buntu macam mana nak naikkan sale . Jadi kami terfikir untuk cuba buat menu steak dan thomawk termurah, kualiti bagus. Doa tanpa putus mohon Allah bimbing kami. Kami mula hari PERTAMA cuba menjual menu ni pada tarikh 19 Nov 2024 iaitu selalu baru-baru ni. Dan pada hari kedua , kami tidak sangka , ZIZAN RAZAK artis pertama sudi bawak keluarga dia datang sini. Kami tak jemput zizan untuk buat food review ka apa, tapi Zizan kata nak cuba sebab tengok dari tik tok . Dan sebelum kami lunching menu ni kami jemput Shahir influencer datanv buat food review . Dari situ orang mula tahu cafe kami ada jual steak dan tomahwk . Masyallah selepas kami ambil video zizan atas izin beliau, kami post kat tt kami dan izin ALLAH viral. Berderu pelanggan masuk. Kami jadi culture shock . Sesak nafas, terkejut. Dengan kapasitu staff yang ada dan keadaan kedai kami. Terpaksa angkut anak-anak yang sekolah rendah tolong jaga kaunter . Anak sorg lagi jaga bahagian dalam. Mana nak cari staff waktu tu terus ? ? kelam kelibut kami nak urus serta merta . Allahurabbi . Nak menangis sebab gembira ada sebab terlalu ramai, dan sedih juga sebab servis kami out. Dapat makian , pelanggan marah. Tapi semua itu memang salah kami. Apapun situasi ni tak melemahkan kami untuk terus berusaha cari jalan untuk baiki sistem pengurusan kami supaya semua gembira . Kami mintak maaf ya semua pelanggan yang datang dalam minggu ni sedih dengan servis kami. Doakan kami terus maju jaya dan Allah bantu lancarkan segala urusan kami . Doakan kami juga jadi usahawan berjaya dunia akhirat. Mohkn maaf lagi sekali pada semuanya yang datang dari pelbagai tempat jauh dan dekat . Semoga tidak serik untuk terus mengunjungi cafe kami. SIRUA’LABARAKATILLAH? Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

    Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga tersebut menjelaskan bahawa pada awalnya dia tidak mahu meneruskan perniagaan kerana kurang mendapat sambutan daripada pelanggan.

    Kisahnya macam ini, kedai kami ini tak ramai pun pelanggan yang datang.

    Paling ramai pun tiga atau empat keluarga saja yang datang untuk makan di sini.

    Pada minggu lepas, saya rasa nak tutup kedai dah sebab tak mampu nak bayar hutang, kos dan sebagainya.

    Namun, dia masih mahu mencuba nasib dengan menjual juadah jenis ‘Tomahawk’ dengan harga yang murah kepada pelanggan.

    Saya kata, ‘Ya Allah, aku nak buat menu Tomahawk yang paling murah sebab nak tolong orang’.

    Saya kata lagi kalau perancangan saya ini berjaya, saya akan terus berniaga. Namun, kalau tak berjaya, saya nak berhenti berniaga.

    Zizan datang kedai

    Selepas hanya sehari memuat naik video promosi makanan, kedai pemilik berkenaan kemudiannya didatangi Zizan.

    Saya muat naik video itu pada hari Selasa dan pada hari Rabu, Zizan datang ke kedai.

    Kemudian, saya minta izin Zizan untuk buat sedikit testimoni dan dia izinkan.

    Jelas pemilik kedai tersebut, penangan kehadiran Zizan sebagai pelanggan biasa telah membuatkan kedainya ‘diserbu’ oleh ramai pengunjung dua hari selepas itu.

    Untuk makluman, saya tak bayar Zizan dan dia hadir sebagai pelanggan biasa saja. Begitu juga dengan Zizan, tak minta untuk makan percuma, discount ke apa waktu makan di sini.

    Selepas itu pada hari Khamis saya muat naik video di TikTok mengenai Zizan yang datang makan di kedai.

    Allah punya kuasa, hari Jumaat berduyun orang datang ke kedai.

    Di akhir perkongsian, pemilik kedai tersebut memohon maaf kepada pelanggan sekiranya mereka gagal memberikan servis yang terbaik.

    Dalam keadaan kami yang cuma ada lima orang pekerja, kami pun terkejut.

    Sesak nafas nak menampung dengan kapasiti pekerja yang ada dan keadaan kedai kami.

    Kepada yang datang, saya minta maaf sangat dan beri kami peluang sebab masih dalam proses untuk berdepan dengan perubahan ini.

    ALSO READ:  Raya Cancel? Apa Jadi Sampai Keluarga Danish Sampai Tak Jadi Beraya?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts