Shawn Peter Raul Mendes atau lebih dikenali sebagai Shawn Mendes merupakan penyanyi dan penulis lagu terkenal antarabangsa yang berasal dari Kanada. Kerjayanya bermula pada tahun 2013, ketika beliau memuat naik lagu cover pada aplikasi video Vine, pada tahun berikutnya, ia menarik perhatian pengurus artist Andrew Gertler dan A&R Island Records Ziggy Chareton yang memintanya untuk tandatangan kontrak bersama label rakaman.
“Sedar Kewujudan Adanya Tuhan”-Shawn Mendes
Terdahulu, Shawn Mendes membesar sebagai seorang Atheist iaitu tidak percaya adanya tuhan walaupun kedua ibu bapanya adalah penganut agama Kristian. Pada tahun 2021, semakin dirinya meningkat dewasa dan kemewahan yang diperolehinya melebihi apa yang dirancangnya, Shawn Mendes mula sedar bahawa di dunia ini setiap yang berlaku pasti akan ada penciptanya termasuk adanya tuhan.
Jadi Shawn Mendes memulakan pencarian kebenaran mengenai tuhan pada setiap agama yang diketahuinya. Pada tahun 2022 Shawn Mendes menjadi sukarelawan di church bersama Justin Bieber. Kemudian pada tahun yang sama juga beliau mendalami agama hindu untuk mengetahui secara mendalam mengenai agama tersebut.
Baru-baru ini, tular mengenai penampakan Shawn Mendes yang menghadiri solat jumaat di Universiti New York (NYU) bersama-sama dengan selebriti Kanada iaitu Mustafa The Poet.
@deendawahs
is Shawn Mendes now muslim? #islam #revert #news #alhamdulillah #shawnmendes #celebrity
♬ original sound – deendawahs
Perkara tersebut kini menjadi tular di semua laman media sosial kerana ada yang terkejut dan ada yang gembira apabila mengetahui penyanyi kegemaran mereka menghadiri solat jumaat. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa itu hanyalah rekaan semata-mata, namun ramai netizen yang memberitahu bahawa mereka nampak artis tersebut solat jumaat di sana.
Namun Shawn Mendes tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada beliau telah beragama islam ataupun tidak. Apa-apa pun, ramai peminat mendoakan yang terbaik buat Shawn Mendes agar diberikan hidayah dan dibukakan pintu hatinya untuk memasuki islam.