Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Perasaan Kasih & Sayang Diana Hanya Saya Yang Dapat Rasa..Ia Masih...

    [VIDEO] ‘Perasaan Kasih & Sayang Diana Hanya Saya Yang Dapat Rasa..Ia Masih Kuat’ – Farid Kamil Tetap Nak Selamatkan Rumah Tangga

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    farid kamil dd 34farid kamil dd 34

    Pelakon Farid Kamil nekad dengan keputusannya untuk tidak melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle selain menegaskan akan mempertahankan hubungan cinta mereka.

    Cinta tak boleh dijual beli

    farid kamil-2farid kamil-2

    Ketika ditemui , Farid mengakui masih menyayangi isterinya dan akan berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina hampir 12 tahun itu.

    Alhamdulillah antaranya sebab kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat tapi susah untuk kalau dijual dan beli.

    Pada saya, saya sayangkan isteri dan anak anak saya dan perjuangan mesti diteruskan.

    Tambah Farid, dia masih dapat merasakan kasih sayang Diana terhadap dirinya. Oleh itu, dia perlu berusaha untuk memperjuangkan hubungan mereka.

    Perasaan sayang dan kasih Diana awak tak boleh rasa, hanya saya yang rasa dan kasih sayang itu masih kuat dan berlangsung dan akan perjuangkan semua itu.

    Farid seorang boleh jaga Diana

    Diana Danielle ceraiDiana Danielle cerai

    Apabila ditanya adakah dia satu-satunya insan yang mampu menjaga dan menyayangi isterinya itu, Farid dengan yakin mengiyakannya.

    Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada hemat saya perkahwinan kami dirahmati saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan.

    Dalam pada itu, Farid menafikan kenyataan Diana yang mendakwa tindakannya yang enggan melafazkan cerai adalah sebagai satu perkara yang zalim.

    Perkataan zalim itu perkataan yang besar dan hanya holeh diterjemahkan di mahkamah. Malaysia ada mahkamah syariah yang sebenar dan kita ikut saluran yang betul.

    Itu adalah prosesnya, tiada unsur penindasan sebab malaysia sebuah negara yang sangat madani ada sistem mahkamah peraturan kaunselor syariah yang boleh menasihati bukan pecah belahkan.

    @official Replying to @niesa nasir Hanya Farid sahaja dapat rasa kasih sayangnya terhadap Diana, moga-moga dipermudahkan ?# #fyp #news #faridkamil #masih #sayang #dianadanielle ? original sound – OHBULAN!

    Susulan gagal mendapat kata sepakat, mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac 2025 untuk sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) kedua-dua belah pihak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ariff Bahran Bangga Dapat Beli Kereta Porsche Hasil Main ‘Trading’ – ‘Kepada Yang Menghina Aku Dahulu, Terima Kasih’

    Pada 20 November lalu, Diana dan Farid hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur untuk pengesahan rujuk sebelum meneruskan prosiding pertama perceraian, pada Isnin (16 November)

    Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

    Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

    Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

    Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts