Dua pereka fesyen terkenal, Razman dan Razmi yang merupakan pereka fesyen kepada usahawan, Datuk Seri Vida dilaporkan diserang oleh seorang jurugambar dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel mewah pada malam Rabu.
Cedera di pipi
Ketika kejadian, pihak media sedang menemubual Vida sebelum Razman dan Razmi diserang jurugambar terbabit secara agresif dan memukul mereka dengan menggunakan kamera miliknya.
Razman dan Razmi kemudiannya mengalami luka yang teruk di bahagian pipi sebelum diberikan rawatan kecemasan oleh pihak penganjur.
Dalam pada itu, Razman dan Razmi sempat berkongsi keadaan terkini mereka selepas kejadian itu menerusi Instagram Story (IG Story).
Polis siasat kes
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar yang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
@official Dua pereka fesyen terkenal, Razman dan Razmi yang merupakan pereka fesyen kepada usahawan, Datuk Seri Vida dilaporkan dis*rang oleh seorang jurugambar dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel mewah pada malam Rabu. # #fyp #news #pereka #fesyen #diserang #daroserivida #jurugambar
? Criminals â F.O.O.L