Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah

    [VIDEO] ‘Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati’ – Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bella astillahbella astillah

    Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Bella Astillah dan suami Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies sekitar Mac lalu.

    Nyanyian Bella

    bella astillahbella astillah

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata kebanyakan wanita memiliki sifat setia dalam perhubungan.

    Perempuan kalau cinta, cinta mati.

    Tuhan ini cinta atau…

    Ibu kepada dua orang anak itu kemudian menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Mahalini.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan lagu tersebut sangat tepat dengan situasi yang sedang dihadapi oleh Bella.

    Dalam masa yang sama, mereka juga memberi kata-kata semangat buat aktres berusia 30 tahun itu dalam mengharungi kemelut rumah tangga.

    Bella, teruskan hidup dengan anak-anak. Cari kebahagiaan sendiri, jangan dipandang Alif yang tak hargai Bella.

    Jangan turn back, kami mahu awak gembira sepanjang hidup awak.

    Stay strong Bella, awak layak mendapatkan seseorang yang lebih baik daripada dia.

    Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

    Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    @bellaastillah_94

    Tuhan ini cinta atau….. ?

    ? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Saya Dengar Suami Jerit Minta Tolong, Dia Dapat Rasa Kulit Disiat-Siat’ – Syura Badron Kongsi Kronologi Letupan Tong Gas

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts