Umum mengetahui, malam tadi telah berlangsungnya pertandingan akhir Famili Duo musim keempat (FD4) di Studio NTV7 Glenmarie, Selangor. Malah, adik beradik Shiha dan Ieda Zikir diumum sebagai Juara Famili Duo 4 memboleh mereka mendapat hadiah lumayan wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi kejuaraan.
Walaubagaimanapun, persembahan salah seorang juri tetap Famili Duo 4 pada malam final mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas menyanyikan single terbaharunya, Harum Mekar Di Hati.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh stesen televisyen TV3 di TikTok, turut memaparkan reaksi lucu Janna terhadap persembahan Mas Idayu yang kelihatan anggun menggayakan set persalinan berwarna kuning.
@tv3malaysia Janna tolong behave yerr…bila mummy nyanyi 😆😆 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik
♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia
“Suara Mas Idayu Pun Macam Tercekik..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengkritik persembahan Mas Idayu, malah ramai yang menganggap penyanyi dangdut ini hanya sekadar ‘miming’.
“Ko perasan tak macam miming? Ke aku sorang je ke yang rasa miming.”
“Lain dah suara Mas Idayu.”
“Suara Mas Idayu pun macam tercekik 😂 .”
“Weh tak sedap 😭.”
“Suara dia macam tak masuk dengan lagu, kalau dengar macam membaca je.”
“Aku berani bertanding dengan perempuan ni 🤣.”
“Dia nyanyi ke tahan nak berak tu.”
“Miming pun tercekik. Kalau tak miming macam mana 😂.”
“Dia mana nak mengaku suara dia tak sedap. Dulu kan viral peserta ujibakat dengan dia cakap suara dia tak sedap, lepas tu dia jawab kalau tak sedap tak jadi penyanyi.”
“Macam tercekik biji rambutan je…”
Apa komen anda?