Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Personaliti TV Wanita Tak Tahu Siang Ikan, Netizen Kecam- “Terseksa Ikan...

    [VIDEO] Personaliti TV Wanita Tak Tahu Siang Ikan, Netizen Kecam- “Terseksa Ikan tu”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seiring dengan zaman dan peranan jantina berubah dalam masyarakat, banyak stereotaip tradisional mengenai peranan wanita mula dipersoalkan. Satu stereotaip yang masih berterusan ialah pandangan bahawa wanita “tidak tahu apa yang perlu dilakukan di dapur.”

    Ada sesetengah masyarakat yang mengecam wanita “tidak tahu membuat kerja dapur” mungkin berpunca daripada pandangan orang lama bahawa kerja rumah adalah tugas utama wanita.

    Namun, kita harus sedar bahawa memasak bukan sekadar tugas rutin, tetapi juga boleh dianggap sebagai satu bentuk seni dan ekspresi kreatif. Terdapat wanita yang bangga menunjukkan kemahiran mereka dalam mencipta hidangan yang lazat dan inovatif.

    Baru-baru ini, tular apabila dua personaliti TV wanita dilihat kelam kabut untuk menyelesaikan tugas menyiang ikan live di TV. Mungkin kurang mahir namun gelagat mereka berdua dikecam warganet di laman X.

    Dalam video tersebut menunjukkan dua personaliti TV wanita in menggunakan pisau untuk membuat hirisan kecil pada perut ikan. Ini untuk memersihkan isi perut dan keluarkan usus. Namun mereka menyerah kerana kurang tahu untuk melakukukannya.

    Aksi mereka telah meraih pelbagai komen dari warganet.

    Apa-apa pun, wanita yang tidak pandai siang ikan atau buat kerja dapur ini bukanlah bermakna wanita itu kurang nilainya. Kecantikan wanita bukan sahaja terletak pada kemahiran memasaknya, tetapi juga pada kepelbagaian personalitinya, minat dan bakatnya yang unik, serta sumbangannya kepada dunia di sekelilingnya.

    Menghormati dan menyokong wanita dalam semua bentuk kepelbagaian mereka adalah kunci untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dan menghargai setiap individu.

    ALSO READ:  Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri – ‘Lawan, Tinggalkan Hubungan Toksik Itu’

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts