Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pertunjukan Fesyen Dalam Pasaraya Kejutan Terbaharu Dari AEON

    [VIDEO] Pertunjukan Fesyen Dalam Pasaraya Kejutan Terbaharu Dari AEON

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    AEON, salah satu rantaian pasar raya terkemuka di Malaysia, baru-baru ini mengadakan sebuah acara yang luar biasa dengan menggabungkan elemen pasaraya dengan pertunjukan fesyen. Acara ini dinamakan AEON Fashion Preview (AFP) June 2024, bertujuan untuk menarik pelanggan dengan pengalaman membeli barang runcit sambi menonton sendiri pertunjukan fesyen.

    Untuk edisi kali ini AFP membawa barisan pereka fesyen terkenal dari Indonesia, Jepun, dan Singapura. Acara ini menjanjikan koleksi yang menggabungkan keselesaan dan gaya kontemporari, menampilkan pelbagai jenis pakaian dari kasual hingga formal.

    Koleksi jenama dari Andrew Smith

    Antara jenama pereka yang akan turut serta adalah CDL (Cardinal), Andrew Smith, M.Gee, Finix, Kanzi, Takumi, dan La Farfa. Setiap pereka membawa keunikan tersendiri yang pasti akan memukau para pengunjung.

    Koleksi jenama CDL

    CDL (Cardinal) menawarkan pakaian kasual hingga formal yang menggabungkan keselesaan dengan gaya kontemporari. Koleksi CDL direka untuk mereka yang mengutamakan gaya hidup aktif tetapi tetap ingin tampil bergaya. Dengan rekaan yang versatil, pakaian CDL sesuai untuk pelbagai acara, dari urusan harian hingga majlis istimewa.

    Andrew Smith merupakan jenama yang dipelopori pereka Achmad dari Indonesia. Memperkenalkan pakaian lelaki yang diberi sentuhan fesyen tradisional dan kontemporari. Sebuai untuk acara  kasual yang memang cukup bergaya.

    Koleksi dari Kanzi

    M. Gee yang diketuai oleh pereka Oman dan Fajar dari Indonesia, terkenal dengan koleksi pakaian kerja yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Jenama ini mengutamakan keselesaan dan keanggunan dalam setiap rekaannya, menjadikannya sesuai untuk profesional yang ingin tampil kemas dan bergaya di tempat kerja.

    Koleksi Dari Michiko Ohashi

    FINIX, yang ditubuhkan dan diasaskan oleh Leonard Cheong dari Singapura pada tahun 2019, membawa ciri FORM, FIT, dan FLOW dalam setiap rekaannya.

    View this post on Instagram

    Dengan barisan pereka fesyen yang berbakat dan koleksi yang pelbagai, AEON Fashion Preview (AFP) June 2024 pasti akan menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh peminat fesyen. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri rekaan terkini dari pereka-pereka hebat ini.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts