Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Saya Pun Hampir Kena Dua Kali, Nasib Tak Percaya”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 11 ribu, tanda suka sebanyak 523 dan sebanyak 91 komen.
Di dalam video berkenaan, Tokti memberitahu jangan terpedaya dengan scammer yang menggunakan wajahnya yang dikatakan bahawa beliau akan memberi wang ringgit dan sebelum peroleh wang ringgit tersebut, orang awam perlu memberinya sejumlah duit.
“Sekarang ni ramai sangat yang suka pakai video-video saya yang sebelum-sebelum ni.”
“Tolonglah jangan tertipu, dan kalau boleh pesan dekat mak-mak, makcik-makcik kat kampung sana tu jangan mudah tertipu”-Kata Tokti
@sitinurhalizafan Minta Jangan Terpedaya Dengan Scammer – DS Siti Nurhaliza
♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Rata-rata netizen terkejut melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka hampir tertipu dan terpedaya dengan scammer yang menggunakan video-video wajah Tokti. Apa-apa pun, semoga kita semua lebih berhati-hati selepas ini.
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?