Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pesanan Farid Kamil Buat Anak-Anak, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    [VIDEO] Pesanan Farid Kamil Buat Anak-Anak, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aktres, Diana Danielle sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia telah menghantar notis kepada suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil untuk segera berpindah daripada kediamannya kerana mereka bakal melalui proses perceraian dalam masa terdekat.

    Terkini, Farid Kamil menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa dia yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menambat hati isteri dan anak-anaknya itu turut menitip pesanan buat Muhammad dan Aurora untuk mengutamakan solat.

    “Anak-anak saya, isteri saya, saya sayangkan mereka. Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk menangi hati mereka.

    Baba nak cakap dekat Muhammad, Aurora, Baba sayang anak-anak Baba. Dan jangan tinggal solat. Ingat solat selalu. Dan jalanilah kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada.”-kata Farid Kamil di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by sperMAX (@spermaxforhim)

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada yang menyifatkan Farid Kamil telah memberikan pesanan yang ‘deep’ sebagai seorang bapa.

    “Rasa bini yang perlu lebih ilmu agama untuk menjadi seorang isteri. Sama-sama kita didik isteri untuk menjadi lebih baik..”

    “Apa-apa masalah settle je sesama keluarga. Jangan upload kat medsos. Elakkan mengaibkan pasangan. Kalau wartawan tanya jawab je no komen. Ni dapat mengelakkan kata-kata atau komen-komen tak elok daripada netizen. Farid ada keluarga dan anak-anak yang boleh melukan hati, mengguris perasaan dengan kata-kata negatif netizen. Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah untuk Farid dan Diana.”

    “Tudia pesanan dari dari seorang ayah yang betul-betul sayang anak-anak. Jangan tinggal solat. Subhanallah Deep.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts