Dalam dunia ini tiada manusia yang tidak diuji, namun hidup harus diteruskan demi cita-cita dan insan-insan yang tersayang.
Bila diuji, kadangkala kita rasa mustahil untuk mengejar impian bukan? Tetapi berkat usaha, sabar, kerja keras dan keyakinan yang tinggi semua itu akan pasti terbalas suatu hari nanti.
PETRONAS percaya bahawa apabila kita bersama, dengan semangat kerja berpasukan dan sokongan, apa sahaja boleh dilakukan! Jadi dengan PETRONAS di sisi anda, anda dapat melihat harapan dan impian insan-insan yang memerlukan ini menjadi kenyataan!
Oleh itu, sempena sambutan ulang tahun ke-50 mereka, PETRONAS membawakan empat (4) kisah insan yang sangat memberi inspirasi dalam siri PETRONAS 50 Dreams. Jom kita saksikan sama-sama!
1. Kehilangan pancaindera penglihatan, bukanlah suatu noktah buat Bruno dalam kehidupan
Kisah Bruno ini benar-benar mengajar kita semua tentang erti ketabahan. Walaupun menghadapi kekurangan fizikal, Bruno tetap cekal mengharungi liku-liku kehidupan. Bruno, anak kelahiran Dayak Bidayuh dari Sarawak, merupakan salah satu daripada tiga beradik yang kehilangan penglihatan sejak kecil.
Seperti orang lain, Bruno juga mempunyai impian yang indah walaupun menghadapi cabaran harian yang sangat sukar. Bekerja sebagai tukang urut khas untuk orang buta, Bruno tekad dan bersemangat dalam mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Dalam menelusuri kegelapan, impian yang didambakan adalah untuk berjalan di atas ais dan merasai kesejukan melalui deria sentuhan. Di sinilah PETRONAS hadir, membawa Bruno merentas Laut China Selatan, untuk bermain salji dan mencipta kenangan terindah di taman tema i-City Shah Alam.
2. Menyedari kepentingan ilmu demi melakar masa depan, Asneh tekad mengajar walau dalam serba kekurangan
Bagi Asneh, tiada yang lebih berharga daripada kepentingan ilmu dalam kehidupan. Kekurangan sumber rujukan dan buku-buku di kampungnya bukanlah penghalang untuk beliau terus mendidik anak-anak kampung.
Minat dan cinta yang mendalam terhadap pendidikan membuatkan Asneh berimpian besar. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, semua itu menguatkan lagi semangatnya untuk memiliki perpustakaan mini dengan kemudahan dan sumber pembelajaran yang lebih baik telah menjadi kenyataan. Kini, Kampung Sonsogon Magandai, Sabah juga telah dilengkapi dengan panel solar yang membolehkan Asneh mengajar tidak kira waktu siang atau malam.
3. Bergantung dengan hanya satu buah pinggang, Mazura cekal mencari rezeki demi membesarkan anak-anak
Walaupun mengalami kegagalan buah pinggang sejak 2010 yang menyebabkan beliau hanya memiliki satu buah pinggang, Mazura tetap tabah.
Mazura seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak bersendirian, cekal menempuh kesukaran hidup, apatah lagi setelah gerai nasi lemaknya telah dirobohkan akibat kerja-kerja pembinaan jalan raya.
Namun, berkat ketabahan beliau, dan sokongan daripada pihak PETRONAS, Mazura kini dapat membekalkan snek sendiri di Kedai Mesra dan impiannya untuk memperoleh slot gerai di R&R Paya Rumput, Melaka, telah menjadi kenyataan. Kini beliau boleh menjual masakan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan juadah-juadah lain di gerai barunya.Â
4. Kasih ibu membawa ke syurga, Rashid rela abadikan hidup buat ibu yang sakit
Diuji dengan kesusahan hidup, Rashid, sebagai anak bongsu dalam keluarganya sanggup menabur bakti dan merawat ibunya yang sedang sakit.
Walaupun kehilangan satu-satunya bot yang digunakan untuk mencari rezeki, semangat Rashid tak pernah goyah, malah dia mencari alternatif lain kerana beliau percaya bahawa rezeki itu sentiasa ada. Walaupun tidak dapat keluar ke laut, beliau pergi menoreh getah, demi mencari sesuap nasi dan memikul amanah untuk menjaga ibunya.
Berkat kesabaran dan kekekalannya, impiannya untuk memiliki bot lengkap dengan enjin untuk mencari rezeki di laut kini menjadi kenyataan.Â
PETRONAS 50 Dreams, realisasikan impian mereka yang memerlukan
PETRONAS terus komited untuk membantu mewujudkan impian insan-insan yang memerlukan, agar mereka dapat jalani kehidupan yang lebih baik pada masa kini dan juga hari-hari mendatang.
Namun, usaha PETRONAS tidak terhenti di sini, di mana masih banyak lagi impian yang menanti untuk dipenuhi dan PETRONAS akan terus memberikan sokongan buat mereka untuk mencapai impian.
Untuk lebih banyak kisah-kisah impian yang menjadi kenyataan, korang boleh layari Facebook, Instagram, X, TikTok, LinkedIn dan Youtube PETRONAS.
#PETRONAS50 #PETRONAS #TerusMemacuKemajuan