Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment PMX Teguk Air Selepas 3 Jam Berdiri, Baca Puisi ‘Kepada Cinta’...

    [VIDEO] PMX Teguk Air Selepas 3 Jam Berdiri, Baca Puisi ‘Kepada Cinta’ Sebelum Akhiri Belanjawan & Apa Maksud Dokumen ‘X’?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perdana Menteri Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah pun membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada Jumaat.

    Selain intipati belanjawan yang menjadi perhatian, , juga ingin berkongsi beberapa perkara menarik sepanjang pembentangan tersebut.

    1. PM teguk air selepas tiga jam

    Meskipun perlu membentangkan teks belanjawan setebal 138 halaman selama kira-kira tiga jam, namun ianya tidak membuatkan Perdana Menteri yang berusia 77 itu berasa lemah malah telah menonjolkan tahap staminanya yang baik.

    Ahli Parlimen Tambun itu dilihat hanya duduk sebentar untuk meneguk air sekali sahaja sepanjang pembentangan berlangsung.

    2. Dokumen bertanda ‘X’

    Setiap tahun, Menteri Kewangan akan membawa sebuah dokumen Belanjawan yang bertanda ‘X’ pada muka hadapan dokumen tersebut. Namun tidak semua mengetahui apakah maksud ‘X’ itu.

    Justeru, Kementerian Kewangan Malaysia menerusi ciapan di platform X, menjelaskan tentang dokumen berkenaan.

    Dokumen Belanjawan yang bertanda ‘X’ di muka depan dokumen adalah bermaksud Rahsia Besar dan termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

    Fail kuning berpalang merah adalah kategori Rahsia Besar di bawah Akta 88 iaitu Akta Rahsia Rasmi.

    Ia hanya boleh disiar dan disebarluas selepas dibacakan oleh Menteri Kewangan.

    3. Puisi istimewa

    Pada akhir pembentangan tersebut, beliau juga sempat menyampaikan bait-bait puisi. Difahamkan puisi tersebut adalah nukilan penyair, Teguh Esha yang bertajuk ‘Kepada Cinta’.

    Puisi tersebut disifatkan sangat mendalam maksudnya sekaligus membuktikan ketinggian ilmu yang dimiliki beliau.

    ALSO READ:  [VIDEO] Amin Idris Selar Netizen Cetus Spekulasi Negatif Kematian Nur Farah Kartini – ‘Duduk Diam Lagi Baik Daripada Tulis Komen Menghina’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,213FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts