Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Pokok Krismas Tertinggi Kembali Di KLCC! Pengalaman Ajaib Menanti Pengunjung Di...

    [VIDEO] Pokok Krismas Tertinggi Kembali Di KLCC! Pengalaman Ajaib Menanti Pengunjung Di ‘Gingerbread Christmas Village’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur



    Suria KLCC’s Gingerbread Christmas Village

    Musim Cuti di Suria KLCC

    Musim cuti telah tiba, dan Suria KLCC, sebuah pusat beli-belah ikonik di Kuala Lumpur, bersedia untuk menyemarakkan semangat Krismas dengan tema istimewanya ‘Gingerbread Christmas Village’. Bermula dari 24 November 2023 hingga 1 Januari 2024, perkarangan Centre Court  berubah menjadi dunia ajaib yang dipenuhi dengan suasana Krismas yang mempersonakan. Salah satu tarikan utama acara ini adalah ‘Gingerbread Christmas Village’ yang menakjubkan. Di tengah-tengah kampung, pengunjung akan menemui air terjun coklat ‘Gingerbread’ yang sangat menawan. Air terjun ini bukan sekadar elemen hiasan, malah menambahkan sentuhan magis pada keseluruhan suasana kampung. Ada satu dekorasi yang benar-benar menjadi daya tarik utama, iaitu ‘Gingerbread Clock Tower’. Menara jam interaktif ini tidak hanya menjadi perhatian pengunjung, tetapi juga memberikan pengalaman yang penuh keajaiban bagi pengunjung. Dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari apabila musik perayaan Krismas dimainkan pada setiap jam. Tidak hanya itu, di sini juga memberikan pengunjungnya pengalaman unik. Salah satu inisiatif istimewa adalah penawaran Poskad Krismas, memungkinkan pengunjung untuk mengirimkan pesan kebahagiaan kepada orang-orang tercinta mereka. Poskad Krismas ini akan dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC. Sumbangan para pelanggan juga akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental. Merangkul semangat kebaikan Krismas, Suria KLCC bukan sahaja meraikan musim cuti dengan hiasan yang indah dan acara yang menyeronokkan, malah mengukuhkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial dengan menderma RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’. Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia View this post on Instagram Di Esplanade KLCC, para pengunjung sekali lagi akan dipukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’. Untuk keriangan berganda, para pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100. Mari gunakan peluang ini untuk berkumpul dan mencipta kenangan bersama keluarga anda dan nikmati suasana hangat di Suria KLCC. Jadi, jangan teragak-agak! Bawa keluarga anda ke KLCC sekarang dan sambut musim cuti dengan keseronokan yang tidak dapat dilupakan. Selamat Hari Krismas!

    ALSO READ:  Mengukir Keajaiban: Naga Gergasi Setinggi 60 Kaki Sambut Pengunjung Suria KLCC



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts