Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Posting’ IG Nora Danish Tentang ‘Cari Suami Beriman’ Disalah Erti –...

    [VIDEO] ‘Posting’ IG Nora Danish Tentang ‘Cari Suami Beriman’ Disalah Erti – ‘Saya Masih Dalam Iddah & Bekas Suami Pun Tengah Sakit’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nora jodohnora jodoh

    Berikutan berkongsi video Islamik tentang kisah rumah tangga, ramai beranggapan bahawa pelakon Nora Danish memberi bayangan mahu mencari jodoh yang beriman.

    Bagaimanapun, aktres jelita itu tampil menafikan perkara berkenaan.

    Bukan niat untuk berkahwin

    @noradanishhanif

    ??

    ? original sound – N O R A D A N I S H – N O R A D A N I S H

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif mengakui terkejut apabila membaca sebuah artikel yang menulis tentang dirinya seolah-olah sedang mencari pasangan.

    Menurut Nora, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu apatah lagi ketika ini dia masih dalam tempoh iddah.

    Saya ternampak ada artikel yang tajuknya, ‘Nora mencari suami beriman yang boleh dibawa ke jannah’.

    Saya sangat terkejut sebab bila saya beri kenyataan seperti itu? Kerana tidak wajarlah kenyataan itu dikeluarkan sebab saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Bekas suami saya pun tengah sakit di hospital.

    Jadi kenyataan itu boleh menimbulkan kesedihan bagi sesetengah pihak.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Bencinta itu menjelaskan bahawa hantaran yang diulang siar tersebut bukanlah memberi bayangan untuk dia mencari seorang lelaki beriman namun ianya sekadar perkongsian bersama pengikutnya di media sosial.

    Selepas saya buat kajian, rupanya ia adalah Instagram Reels yang saya repost. Saya repost sebab saya rasa ianya terlalu ‘sweet’ tentang suami isteri.

    Ianya tentang bagaimana suami menjaga isteri dengan lembut dan telah menyentuh perasaan saya. Saya ingin kongsikan pada pengikut saya sebab ramai yang repost. Mungkin itu berlakunya salah faham.

    Tapi sebenarnya semua orang idamkan suami dan isteri yang solehah. Itu adalah kemestian dan bukan perkara yang kita akan cari kemudian.

    Justeru, ibu kepada dua orang anak ini meminta agar kenyataannya tersebut tidak lagi disalah erti lagi oleh mana-mana pihak.

    Jadi janganlah buat artikel macam tu tak baik sebab saya pun masih dalam proses iddah dan baru bercerai.

    Tak saya tak nak mencari suami dalam masa terdekat. Perceraian saya pun bukan kerana mahu mengahwini orang lain. Jadi saya tak nak fikir tentang perkara itu dan saya pun tak nak orang berfikir benda yang sama.

    Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

    ALSO READ:  Aliff Syukri Marah Kerana Tiada Lagu Raya Tahun Ini, Desak Komposer ‘Buat Kerja’ – ‘Anda Akan Sedih Tanpa Lagu Raya Saya’

    Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

    Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts