Isu menimpa pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini yang berdepan dengan dakwaan isu gagal melunaskan pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) menimbulkan pelbagai spekulasi di antara netizen.
Komen negatif
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed Shahid menegur sikap segelintir netizen yang ranc meninggalkan komen negatif.
Ujarnya, Che Ta bukan seorang yang suka berhutang.
Jangan lah kita tertawa atau nak jatuhkan orang, kita semua tak tahu apa-apa.
Hidup macam roda, kalau suatu hari Allah duga kita atas sesuatu perkara, bukan mudah kita nak tempuh.
Che Ta yang kami kenal, dia bukan orang yang suka berhutang.
Kami pernah dapat hadiah duit secara tunai, dari situ kita nampak Che Ta bukan jenis yang suka main-main bab duit.
Che Ta jujur dan sangat rendah diri bila berjumpa.
Idola sejak kecil
@prince.syed.shahid Satu jer nak cakap , jangan lah kita tertawa atau nak jatuhkan atau pon kondem orang , kita semua tak tahu apa2 dan kita semua manusia hidup macam roda , kalau satu hari Allah duga kita atas sesuatu perkara , bukan mudah kita nak tempuh , jangan lah kita tertawa dan persenda musibah atau dugaan yang orang lain tgh hadapi , kita semua tak berada dalam kasut mereka , dan kita semua tak tahu apa situasi yg terjadi , yang kami kenal Che Ta , dia bukan orang yang suka berhutang dan kami ni pernah dapat hadiah macam2 dan hadiah duit Cash pon kami dapat dari Che Ta ya dan bukan sikit tau , so dari situ kita tahu che ta bukan orang yang suka main2 bab duit ke apa , orang nya jujur dan jumpa depan2 bnyk kali pon sangat humble walaupon dia terkenal dengan pakaian letop tapi tak pernah ada rasa bangga diri ….. kami baca komen2 hampa semua , kami yang pedih , cukup lah , Che ta @ROZITA CHE WAN ? original sound – Prince Syed Shahid
Tambah Syed Shahid atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, Che Ta merupakan idolanya sejak kecil.
Che Ta adalah insan contoh yang saya ikuti dari zaman saya kecil.
Sehingga saya doa untuk berjumpa dia suatu hari nanti. Tak sangka idola nombor 1 yang saya kagumi akhirnya dapat jumpa.
Dalam pada itu, Syed Shahid berharap agar kes yang menimpa pelakon berusia 51 tahun ini diambil secara positif bukannya seronok bertepuk tangan melihat kejatuhan orang lain.