Usahawan dan juga pempengaruh yang dikenali sebagai Prince Syed Shahid kesal dengan tindakan segelintir pihak yang gemar meninggalkan komen berbaur ‘body shaming’ terhadapnya.
Warna kulit jadi perhatian netizen
@prince.syed.shahid Replying to @? ? original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa
Menerusi perkongsian di TikTok, Syed Shahid membalas komen ditinggalkan seorang netizen yang dilihat mempertikaikan perbezaan warna kulit di bahagian badannya.
Aku dah agak dah komen macam ini mesti akan timbul. Sebelum ini pun orang selalu cakap yang badan aku ini ada macam-macam warna.
Muka putih, tangan hitam dan macam-macamlah. Hello tengok ini, tangan aku gelap, tengok ini berbelang.
Ini namanya orang yang rajin cari rezeki untuk bagi nafkah dekat anak-anak dengan isteri.
Ada ‘mix’ Cina & Arab
Menerusi video yang sama, Syed Shahid menjelaskan bahawa tona warna pada bahagian kulitnya sedikit berbeza kerana mempunyai darah kacukan Arab dan juga Cina.
Tambah Syed Shahid, dia juga tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang meninggalkan komen-komen hinaan kepadanya.
Adakah aku memakai foundation di badan? Kau tengok, aku tak maafkan dunia akhirat bila cara kau cakap macam ini.
Antara kaki aku dengan tangan, tak ke rasa macam orang yang berbeza? Fikirkan sendiri. Hidup ini keras dik.
Jadinya aku ini memang putih melepak. Aku ini arab campur cina, sebab tu muka aku pun pelik macam muka alien macam ini.
Sekadar info, Syed Shahid atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sering meraih perhatian netizen kerana kerap menggayakan fesyen unik dan lain daripada yang lain bersama isterinya di media sosial.
Imbas kembali, usahawan berusia 32 tahun ini sekali lagi mencuri perhatian apabila berhabis lebih RM44,000 bagi membeli hadiah sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Fatin Syazwani Ishak.