Pendakwah bebas, PU Riz menjelaskan cara yang digunakan ketika menegur ahli keluarganya ke arah kebaikan.
Teguran PU Riz
Menerusi program The Amin Idris Show, PU Riz atau nama nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail mengambil pendekatan untuk menegur secara peribadi dengan tidak keterlaluan.
Ramai yang komen, tak tegur ke? Kalau saya nak tegur pun, saya takkan beritahu semua orang.
Diri saya ini dari dulu sehingga sekarang, saya tak sentuh ‘personal’ seseorang secara berlebihan. Pernah sekali saya buat, itu pun saya sudah minta maaf kepadanya.
Tegur secara nasihat & hikmah
Pendakwah berusia 29 tahun tersebut turut menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri jika melihat sesuatu kesalahan namun memilih untuk memberi nasihat kepada ahli keluarganya andai ada khilaf mereka.
Saya berpendapat, apa sahaja yang salah, takkan kita diamkan. Pada keluarga saya dan mentua pun begitu tetapi adakah kita nak bertindak sebagai seorang yang pemarah?
Kita beritahu secara nasihat.
Sampai bila nak nasihat? Sampai mati kita beri nasihat.
Dalam masa yang sama, suami kepada selebriti dan usahawan terkenal Neelofa itu menitipkan pesan agar jangan berlebihan dalam menegur seseorang.
Saya rasa sesiapa sahaja nak buat konten tentang orang lain, terserah tetapi hati-hati dalam percakapan.
Jangan melampau, jangan berlebihan macam dia adalah pendosa yang tidak boleh dimaafkan.