Pelakon remaja, Puteri Balqis meluahkan rasa kecewa berikutan terdapat segelintir warganet yang melemparkan komen berbaur fitnah terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Ibu alami masalah kesihatan mental
@morosechildofficial Replying to @Pentafsir Senja Apa perasaan kau kalau mak kau mati disebabkan masyarakat mcm kau?
? original sound – Puteri Balqis Ashikin – Puteri Balqis Ashikin
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Puteri Balqis berkongsi salah satu komen warganet yang mendakwa ibunya mengambil barang terlarang.
Mata merah menyala, belanja sikit kalau ada lebih.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Puteri Balqis Azizi tersebut tampil mempertahankan ibunya.
Menurut Puteri Balqis, komen sebegitu telah meninggalkan kesan dan menimbulkan kebimbangan berikutan ibunya boleh mengambil tindakan di luar jangkaan.
Hari ini dalam TikTok, aku terima lebih 100 komen. Semua 100 komen itu benda yang sama. Jangan cakap aku tak relaks, jangan cakap baru satu komen aku dah beria. Kalau ikutkan, komen begini dah beribu dah, bertahun-tahun dah.
Mak aku tak ada media sosial. Tapi tak tahu, dia tergerak hati nak baca komen semalam dan nampak pula komen macam ini.
Aku dan Faris dari semalam tak makan tak tidur, sebab takut mak aku bunuh diri tiba-tiba.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 17 tahun itu turut mendedahkan tentang masalah kesihatan mental yang dialami oleh ibunya.
Mak aku ada major depression, major anxiety, PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder), disahkan oleh lapan doktor pakar HUKM.
Ini ubat depression dia. Kalau dia telan semua ini semalam, kau nak ganti balik mak aku? Sampai hentak kepala dia dekat dinding, sampai melompat-lompat macam orang gila.
Tak mahu ibu dihina
Dalam nada tegas, pelakon drama Rampas Cintaku berkata, dia tidak gentar untuk bertemu dengan pemfitnah tersebut kerana ibunya tidak pernah ‘menyentuh’ bahan terlarang sebelum ini.
Aku ada kerja esok (hari ini). Kau ingat, aku boleh kerja dengan tengok mak aku begini? Kau tak faham perasaan bila tengok mak kau kena fitnah, kena hina.
Kau boleh jumpa aku depan-depan. Boleh jumpa dengan pengurus aku, boleh pergi suruh mak aku buat ujian air kencing.
Mak aku dah berapa kali ulang alik balai polis buat ujian air kencing sebab komen-komen bodoh begini.
Di Malaysia ramai orang yang bijak. Kau ingat doktor itu bodoh sangatkah? Mak aku ulang alik hospital, ambil darah, ambil air kencing. Ingat tak dapat kesan ke kalau kau ada dadah atau tak?
Pada akhir video, Puteri Balqis berdoa agar ibunya dilimpahkan rezeki yang luas dan jika ajal sampai, dia mahu ibunya meninggal dunia dalam keadaan yang tenang.