Pelakon Puteri Sarah Liyana berbangga dengan pencapaian akademik anak sulungnya, Syaikhul Islam.
‘Report card day’
@puterisarahliyana Syaikhul’s Report card day! Alhamdulillah syukur ?? i am a proud mama ??
? original sound – By PSL – By PSL
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syaikhul berkongsi keputusan peperiksaan yang baru diterima baru-baru ini.
Bahasa Inggeris 96%, Bahasa Melayu 84%, Pendidikan Islam 100%.
Untuk matematik 88%..tapi keputusan saya makin baik. Sains 88%, Pendidikan Jasmani 95%.
Aktres berusia 38 tahun itu juga turut berkongsi ulasan guru Syaikhul tentang pencapaiannya.
Pendidikan Seni cikgu kata kena belajar lagi, muzik sangat baik..Mandarin dapat 90% very good! STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) kena belajar lagi, nanti mama nak jumpa cikgu.
Tapi secara keseluruhannya very good! Good job!
Study hard dan kena bagus juga dalam sukan bola sepak. Kena jadi anak yang baik dan soleh. I love you.
Dalam pada itu, pelakon drama Polis Peronda tersebut mengucapkan rasa syukur dengan pencapaian anak lelakinya itu.
Syaikhul’s report card day! Alhamdulilah syukur, saya bangga.
Netizen turut bangga
Menjengah ke ruangan komen, Syaikhul dihujani dengan ucapan tahniah dan rata-rata warganet memuji keputusan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Pendidikan Islam yang diperolehinya.
Keputusan yang cemerlang, tak sia-sia didikan Puteri Sarah.
Wah! Mandarin 90%, mak cik dulu subjek bahasa dapat F.
Power Mandarin Syaikhul.
Boleh jadi ustaz ni, 100% Pendidikan Islam.
Baru betul Syaikhul Islam, subjek agama 100%.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.