Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Puteri Sarah Beritahu Gemar Beli Baju Tak Berjenama Asalkan Pandai Bergaya,...

    [VIDEO] Puteri Sarah Beritahu Gemar Beli Baju Tak Berjenama Asalkan Pandai Bergaya, Raih Perhatian Netizen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah merupakan seorang pelakon dan peragawati di Malaysia. Terdahulu isunya bersama bekas suaminya hangat diperkatakan netizen dan pada akhirnya mereka bercerai dengan talak satu.

    Puteri Sarah memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan dan seterusnya menjadi pelakon untuk filem dan drama televisyen tempatan. Kini selain sibuk menguruskan anak-anak, Puteri Sarah juga sedang sibuk untuk memenuhi jadual sehariannya sebagai pelakon.

    Terdahulu, Puteri Sarah dikaitkan dengan Usahawan dan aktor dari indonesia iaitu Andi Arsyil Rahman apabila dikatakan semakin akrab dan mempunyai hubungan yang istimewa. Namun Puteri Sara menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka hanya sekadar kawan dan rakan perniagaan sahaja.

    “Bagus Dia Tak Membazir, Tahu Mana Keperluan Dan Mana Kehendak”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @inayahbeautytrading yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 46 ribu, tanda suka sebanyak663 dan sebanyak 56 perkongsian.

    Di dalam video tersebut, memaparkan Puteri Sarah yang memberitahu bahawa beliau gemar membeli baju disebuah applikasi terkenal kerana peroleh banyak baju dengan harga yang sangat murah asalkan pandai menggayakannya.

    Tak kesah baju apapon janji selesa & lawa kan😝#puterisarahliyana #and… | puterisarahliyana | TikTok

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Puteri Sarah seorang selebriti yang sangat bijak kerana beliau mengetahui baju tersebut hanya dipakai beberapa kali sahaja dan tidak berbaloi untuk membeli pada harga yang mahal.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    ALSO READ:  Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate TikTok Shop dalam 11.11 & 12.12 Mega Sale!



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts